Saturday, December 15, 2012

Serabut kepala otak...

Minggu lepas aku ada beli beg dari online deal. Mulanya beli satu je. Guna online banking untuk bayar. Sepatutnya lepas beli tu diaorang akan email mengatakan yang pembelian tu telah berjaya. Tapi tunggu2 takde. So aku pun belilah buat kali keduanya. 2x duit ditolak dari akaun bank. Cuma yang kedua tu je dapat email pengesahan pembelian. Aku tak puas hati betul. Duit dah tolak tapi cuma ada 1 item je yang dapat pengesahan.

Tak lama lepas tu muncul lah email mengatakan pembelian pertama tu sudah disahkan. Hampeh tul laa... Kalau aku tunggu lama sket tak perlulah aku beli untuk kali keduanya (nak sangat beg tu punya pasal). So sekarang aku dah buat 2 pembelian walhal aku cuma nak 1 je. Huhuhu... Duitku melayang... Tapi aku tak berhenti takat tu je. Malam tu jugak aku buat report kat channel online deal tu untuk menyatakan masalah yang aku hadapi tu. Iaitu pembelian berganda dimana pembelian kedua telah disahkan dahulu kemudian barulah pembelian pertama disahkan. Buat rugi duit je. So aku pun nak mintak batalkan salah satu tu dan mintak refund baliklah kan...

Selepas 3 hari mereka pun reply. Katanya mereka tak boleh refund dengan duit tapi cuma dengan points sahaja. 1000 points untuk RM10. Tapi beg yang aku beli tu berharga RM49. So kalau tukar kepada points maybe dapat 4000 je. Aku tak pasti yang RM9 tu dapat tukar berapa points so aku pun tanyalah lagi, jumlah points sebenar yang aku akan dapat. Nasib baik mereka kata dapat 4900 points. Kalau burn RM9 tu aku memang taknak tukarlah. Buat rugi duit je... So aku pun cakaplah nak cancel dan setuju dengan refund points tu. Ingatkan dah selesai kat situ tapi aku silap.

Masa aku email diaorang tu, penjual beg tu maybe tengah siap2 bungkus untuk dihantar kepada pembeli. Aku takut jugakla kalau2 tak sempat bagitahu diaorang tapi beg sudah diterima. So macam takde maknanyalah kalau tukar points tapi still lagi dapat 2 beg. Rupanya perkara tu berlaku jugak. Bila aku telah berjaya tukar points aku, penjual tu dah hantar beg tu kat aku dan telah diterima semalam. So kiranya aku dapat refund points dan 2 beg. Maybe orang akan cakap, diam2 je sudahla. Memang boleh buat tak tahu je tapi kalau orang dari online deal tu tanya macam mana? Nak jawab apa? Takkan nak tipu kot? Lebih baik aku bagitau awal2. Takdelah masalah timbul kelak.

Aku pun emaillah orang online deal tu, bagitau masalah ni. Diorang kata samada pulangkan balik points tu or hantar balik beg tu kepada penjualnya. Aku tengah fikir sekarang ni, tak tahu apa patut aku buat. Kalau aku pulangkan balik points tu maknanya aku kena amik 2 beg dan bukan 1 seperti yang aku nak. Apa yang aku nak buat dengan 2 beg tu?? Tapi kalau aku pulangkan balik beg extra tu aku kena bayar postage pulak. Cuma points tu aku boleh simpan dan lain kali kalau nak beli apa2 pada masa akan datang boleh guna points je tak payah bank-in kan duit. So yang mana aku patut pilih??

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.