Sunday, December 1, 2013

Year end wishlist #2

Sejak PC kat rumah ni ada masalah, aku tak boleh update blog. Iyelah, kalau hari biasa penat sebab kerja. Bila hujung minggu pulak computer buat hal. Ini pun nasib baik boleh guna PC adik aku. Tapi gambar yang aku dah upload dalam PC aku yang lagi satu tu terperap kat dalam tu jelah.. Even watermark aku pun ada kat situ jugak. Tak boleh nak edit dan stamp gambar... Huhuhu...

Sunday, November 10, 2013

Haul #26: Etude House

Memang tak dapat disangkal lagi bahawasanya aku adalah peminat setia Etude House. Walaupun ada yang aku tak sesuai nak pakai tapi aku tak kisah pun.. Banyak lagi item dalam kedai Etude House tu kan?? Sebenarnya dah lama punya haul tapi baru harini sempat nak publish semua tu..

Tuesday, November 5, 2013

Nuffnang CPC dan CPUV

Salam Maal Hijrah semua. Hampir sebulan rasanya blog ni tak berupdate... Iyelah semenjak tukar kerja baru nih, takde masa nak online. Nak check email pun tak sempat dah apatah lagi nak bukak fb... Habis semua entry yang aku plan nak buat jadi delay...

Even iklan Nuffnang CPC aku pun takde yang masuk.. Kali terakhir masuk adalah pada 1 September lepas. Lepas tu baru ada kredit iklan yang baru. Tapi kali ni ada tambahan iklan baru, iklan CPUV aku yang kedua. Masih lagi ongoing. Sangat bersyukurlah sebab still masuk lagi walaupun jarang dapat...

Friday, October 11, 2013

Berus Everyday Minerals dari Groupon

Aku memang dah lama nak ada full set berus mekap... Tak dapat yang berjenama punya, dapat yang murah dan ada kualiti pun kira okaylah... Tapi biasanya kalau beli set yang berjenama ni mesti mahal giler kan?? Jadi terpaksalah beli satu-satu dulu sampai lengkap semua berus yang aku nak.. Tapi kalau macam tu memang ambil masa jugaklah nak kumpul semua. Kebetulan pulak kat Groupon baru-baru ni ada tawaran berus mekap Everyday Minerals (EM).

Thursday, October 10, 2013

Bag of Love September 2013

Dah lama tak update blog. Nak dekat sebulan kot kalau tak silap.. Nak buat entry tapi asyik pending je..

Harini aku nak share pasal Bag of Love edisi September. Rasanya tak terlambat kot kalau nak cerita pasal tu kan??

Monday, September 16, 2013

Book Fair 2013

Sebenarnya Book Fair ni berlangsung masa raya lepas. Dekat KL Convention Center. Sebab aku tak balik kampung so bolehla pergi masa raya haritu. Itu pun pergi time raya ke-3 kalau tak silap.. Haha orang lain balik kampung beraya sakan tapi aku pergi pesta buku je... Tak banyak yang aku beli sebab buku yang aku nak cari tiada. So just beli sebuah buku pasal mekap, majalah CLEO dan safety alarm.

Nuffnang CPC #14 - #16

Another CPC added. Thanks all!!

Friday, September 6, 2013

Nuffnang CPC #9 - #13

Sekali banyak pulak dapat. Thanks all (^_^)

Monday, September 2, 2013

Mivvabox edisi Ogos 2013

Sebenarnya aku dah lama dapat Mivvabox ni. Sebelum raya haritu. Tapi masa tu tiada siapa kat rumah so terpaksalah pergi ambil kat pejabat poslaju. Itu pun lepas raya. Cuma sekarang baru nak post.. Hehe...

Friday, August 30, 2013

Nuffnang CPC #7 dan #8

Tambah lagi CPC Nuffnang aku. Thanks to all yang klik. Oh ya, esok hari merdeka kan?? So ada yang cuti ganti harini tapi tak semualah.. Huhuhu... Jadi, selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Kekalkanlah keamanan yang kita miliki ini demi kesejahteraan semua. Betul ke ayat aku ni??

Tuesday, August 20, 2013

Luahan Raya 2013

Dah 2 minggu aku tak update apa-apa kat blog ni. Maklumlah, bila cuti panjang macam ni jadi malas pulak nak buat entry.. Hehe..

Rasanya dah ramai yang kembali bekerja minggu ni kan?? Sekolah pun dah bukak balik.. Bila cuti lama sangat jadi takde mood nak buat kerja... Terasa macam nak cuti lagi. Seolah-olah 2 minggu tu tak cukup... Punyalah tamak aku ni...

Monday, August 5, 2013

Haul #25: A mini Daiso haul

Lagi beberapa hari je nak raya. Rasanya ramai dah mula cuti harini kan?? Well, maybe ada yang masih lagi berkerja harini tapi aku dah start cuti dah. Wahaha, saja cuti awal sket. Nak pergi shopping last minit kononnya. Aku lagi suka shopping time orang kerja. Tak sesak. Hehe... Pastu nak kemas rumah lagi. Tak habis kemas lagi tuh...

Thursday, August 1, 2013

Haul #24: Real Techniques brushes

Berus Real Techniques ni memang dah lama masuk dalam wishlist aku. Bila tengok ramai beauty blogger pakai berus ni nampak macam best pulak. Kalau nak beli berus MAC memang pokailah jawabnya. Even sebatang pun dah mahal apatah lagi set kan... Berus Sigma pun okay gak. Orang kata kualitinya bagus macam berus MAC tapi berus RT ni pun banyak jugak review bagus so aku pun pilihlah RT ni dulu. At least murah sikit dari berus MAC lah... Ni semua aku beli bulan Julai lepas...

Wednesday, July 31, 2013

Pembelian yang tak dirancang

Ini sebenarnya cerita Sabtu, 2 minggu lepas. Masa tu aku tengah window shopping kat KLCC. On the way nak keluar dari sana, adalah seorang perempuan ni bagi aku pamplet dari Benefit. Ingatkan nak ambil pamplet tu dan terus blah je. Tapi boleh pulak kaki aku ni mengikut dia ke booth Benefit yang berada tidak jauh dari tempat aku ditahan tu. Huhu.. So much for avoiding lah sangat..

Tuesday, July 30, 2013

Bag of Love Julai 2013

Dah seminggu lebih tak update blog. Terlalu asyik sangat melayan drama Korea sampai rasa kurang rajin pulak nak update. Ini pun sebab aku dah ambil gambar untuk entry kali ni, nak tak nak kenalah buat entry. Kalau tak, terperap jelah gambar tu dalam kamera aku ni hah...

Anyway, back to today title. Bag Of Love July 2013. Mungkin ramai yang dah tahu pasal Bag Of Love nih. Ke ada yang tak tahu lagi?? Let me tell you now. Konsepnya sama macam beauty box yang lain (Wonderbox, MIVVA, Vanity Trove etc) dimana kita boleh subscribe setiap bulan pada harga RM39.90 je. Pastu boleh dapat dalam 4 - 5 sampel size beauty items. Kadang-kadang dapat 1 - 2 items in full size. Cuma bezanya ia bukanlah datang dalam bentuk kotak tapi dalam bentuk beg. Alah macam beg mekap tuh. Dan yang paling menarik sekali, setiap bulan adalah berbeza. Maknanya korang takkan dapat 1 beg yang sama setiap bulan. Best kan??

Wednesday, July 17, 2013

Wishlist Wednesday #2

Harini aku nak cerita pasal brand yang menjadi my second WW.

Siapa tak kenal Urban Decay?? Semua peminat tegar mekap mesti kenal nama tu. Aku dah lama tahu pasal brand ni tapi sampai sekarang belum berkesempatan memilikinya. Tengah kumpul duitlah katakan. So tak nak cerita banyak, jom kita check it out...

Monday, July 15, 2013

Mivvabox edisi Julai 2013

Dah beberapa bulan aku tak subscribe Mivva, so untuk bulan Julai ni aku pun subscribe lah. Ikutkan malas nak order tapi bila tengok teaser untuk Julai punya kat FB Mivva, terus aku subscribe.


Rooftop Prince -알리 상처 - Hurt MV (Ali)




Semenjak 2 menjak ni asyik mengulang dengar lagu ni.. Lagu sedih dari cerita Rooftop Prince. Jom layan...

Saturday, July 13, 2013

Sharing is caring #2

Friday, July 12, 2013

Sharing is caring #1

Tuesday, July 9, 2013

Haul #23: Body Shop, Watson dan Guardian

Ini adalah haul yang aku beli pada bulan lepas. Aku sekalikan supaya senang, tak payah buat entry berkali-kali.

Haritu Body Shop ada buat sale (2x setahun). Masa tu kan ada diskaun untuk semua item. Aku beli kononnya nak cukupkan rekod supaya dapat renew next year punya membership, tapi tak cukup jugak... huhu... Jom tengok apa yang aku beli.

Monday, July 8, 2013

Nuffnang CPC #5

Terima kasih kepada yang sudi klik iklan Nuffnang aku ni...

Friday, July 5, 2013

Gigi sensitif?

Siapa ada gigi sensitif? Alah bila kita makan atau minum benda panas atau sejuk, gigi or gusi kita akan rasa macam sakit atau ngilu. Pernah berlaku kat korang tak? Aku jarang sangat kena, tapi bila kena tu terasa ngilu semacan je gigi nih.

Thursday, July 4, 2013

Kisah poslaju #4

Tunggu dari tengah hari sampai ke petang, bayang van pun tak nampak. Buat penat tunggu je..

Wednesday, July 3, 2013

Wishlist Wednesday #1

Biasa tengok orang lain buat, tapi kali ni terasa nak buat pulak. Bukan selalu pun, takat nak cuci mata je... :P

So for my first WW for today is a brand called Real Techniques. Sesiapa yang suka mekap mesti kenal brand ni. Boleh dikatakan menjadi pilihan ramai jugaklah. Aku pun taklah baru sangat kenal, dah lama tahu pun tidak jugaklah. Tapi bila orang cakap berusnya best, so aku pun nak jugaklah cuba sebatang dua...

Tuesday, June 18, 2013

Pemenang Pre-loved items giveaway

Berikut adalah pemenang bagi Pre-loved items giveaway yang telah berakhir semalam. Walaupun tak ramai yang menyertainya tapi sekurang-kurangnya ada jugaklah yang nak join. Anyway, kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan risau. Akan datang ada lagi. So tunggu..

Kisah poslaju #3

Kesinambungan dari Kisah poslaju #2. Apa kenalah dengan poslaju nih?? Nak kata takde orang kat rumah semalam, ada apa... Diaorang tak kemana-mana pun. Tapi dari apa yang aku tahu, semalam ada posmen biasa dan sebuah motor poslaju. Itupun cuma deliver 1 parcel je (akan cerita kemudian). Mana ada van or motor poslaju yang datang hantar parcel lagi satu tu?? So macam mana pulak boleh "Unable to deliver the item due to addressee not around at time of delivery"??!! Aku tak fahamlah poslaju nih..

Monday, June 17, 2013

Pre-loved items giveaway (CLOSED)

*This giveaway is officially closed. No more entries will be receive. Thank you for those who join in.

Aku ada banyak item (macam skincare or makeup) yang tak pakai langsung. Kebanyakannya tak sesuai dengan aku. Kalau nak jual balik takut tak laku. So daripada aku terus simpan terperuk dalam laci, lebih baik aku bagi kat orang kan? Aku akan pilih 2 pemenang untuk 2 set hadiah yang telah aku sediakan. Tapi kalau ada 2 orang je yang join, maka mungkin 2 orang tersebut yang akan menerima hadiah tersebut. So siapa nak hadiah free? Good Luck!!

Thursday, June 13, 2013

Kisah poslaju #2


Apakah??

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday #3

Screenshot from MIVVA FB

Hari tu Wonderbox naikkan harga langganan. Sekarang MIVVA pulak. Walaupun hanya untuk 1 bulan langganan sahaja tapi still kena tambah duit jugak. Lepas ni siapa pulak nak naikkan harga beauty box diaorang??

Monday, June 3, 2013

Haul #22: May purchase

Salam bulan Jun semua. Sekejap je dah masuk pertengahan tahun. Pastu tak lama lagi nak masuk bulan puasa pulak. Cepat betul masa berlalu.

Anyway, bulan lepas aku tak shopping sangat barangan mekap ni since dah banyak sangat stok aku beli sebelum ni. Tapi dalam tak beli tu sempat jugak beli 1-2 barang. Haha, kata nak stop tapi beli jugak... Haish...

Aku sebenarnya dah lama nak try perfume or body mist dari Victoria Secret nih. So last month aku pun singgah lah kejap kedai VS ni kat Pavillion. Tengok apa yang menarik (sebelum ni tak kisah pun nak masuk).

Monday, May 27, 2013

Nuffnang CPC #4

Another CPC was credited into my Nuffnang account. Thanks guys especially for those who click my Nuffnang ads. Bertambah duit walaupun sikit. ^_^ (Mood: Happy sekejap)


Wonderbox edisi Mei 2013

Entry sebelum ni kan aku ada cerita pasal dah lama tak subscribe Wonderbox kan?? So minggu lepas, parcel dari Wonderbox akhirnya sampai kat rumah. Sampai petang Khamis lepas. Jom tengok bulan ni punya edisi.
Bulan Mei ni diikat dengan riben kuning pulak.

Wednesday, May 15, 2013

Kisah WonderBox Malaysia

Semua sedia maklum dengan beauty box WonderBox ni kan?? Aku mula kenal pun masa first debut diaorang, iaitu pada Oktober 2012. Masa tu semua sibuk nak subscribe diaorang punya first debut kan?? Sehinggakan kecoh sekejap pasal ketidak puasan hati subscribers dengan isi kandungan mereka pada beberapa bulan lepas (aku tak subscribe untuk bulan tersebut so taklah terasa sangat).

Tapi bukan itu yang aku nak kongsi kat sini.

Monday, May 13, 2013

Nuffnang CPC #3

Salam sejahtera semua. Sorry sangat-sangat sebab dah seminggu lebih aku update apa-apa pun kat blog aku ni. Macam biasalah, bila penyakit 'M' datang menguasai.. Sampai nak menaip pun terasa macam tak kuasa je... Walau tak ber'update' tapi masih lagi dikunjungi orang. Terima kasih aku ucapkan kepada semua. ^_^

Anyway, aku mungkin kena ubah layout aku ni since ada beberapa pelawat aku komen mengatakan yang blog aku ni agak 'lari' sedikit. Hurm... Susah nak cakap sebab aku guna browser Mozilla dan bila aku view nampak takde masalah pun. Kalau guna browser selain dari Mozilla tu aku tak pastilah. Ada sesiapa yang mengalami masalah sama ke?? Please inform me okay. I need to know. Thanks.

Sebelum aku tamatkan celoteh aku nih, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada mereka yang sudi klik iklan Nuffnang kat blog aku nih. Sebab koranglah, CPC aku dah bertambah lagi. Thanks guys!! Okay, babai...

Friday, May 3, 2013

2nd Liebster Award

Sebelum ni dah buat, so malas nak buat banyak kali. Haha.. Tag dari Amanda pulak kali ni. Just jawab soalan dari dia jelah yek. Nak tengok beliau punya klik SINI. Kalau nak tengok aku punya, klik SINI.

Shopping kasut kat Zalora

Aku pasti ramai yang pernah dengar pasal ZALORA ni kan?? Salah satu online shopping di Malaysia ni. Walaupun ada banyak complaint pasal servis diaorang tapi still ada jugak yang shopping kat sini. You know what?? Aku pun ada membeli sesuatu dari ZALORA ni jugak. Hehe.. Nak tahu apa yang aku beli?? Jom!

Monday, April 29, 2013

Dinner at Pizza San Francisco

Malam Sabtu lepas aku dengan adik aku makan luar. Itupun sebab dapat duit belanja dari ayah aku. Asalnya nak makan kat KL Festival City tapi akhirnya kitaorang pergi makan dekat Pizza San Francisco di Wangsa Maju. Sampai sana dalam pukul 9 lebih. Tengok orang ramai, mesti kena tunggu lama nih... Well takdelah lama sangat. Dalam 10 - 15 minit lebih kurang. Aku faham, kalau ramai macam tu mesti banyak kerja diaorang ni kena buat kan??

Saturday, April 27, 2013

Nuffnang CPUV #1

Aku selalu jugak jengok website Nuffnang ni.. Kotla ada ke iklan yang masuk. Tapi setiap kali tengok, hampa... Aku tahu blog aku nih taklah macam blogger famous yang orang selalu kunjung. Blog aku ni selalu dikunjungi oleh kenalan blogger aku dan boleh dikatakan orang yang sama je. Kesian... T_T

Thursday, April 25, 2013

Last Saturday

Sorry for the long hiatus.. A week long I think... Bukan apa, asyik tak sempat je nak update entry.. Takpelah, lepas ni aku cuba untuk meng 'update' blog aku yang tak seberapa ni yek...

Anyway, Sabtu lepas aku pergi makan dekat Cinnamon Box. Saje je berubah angin makan luar pulak. Cinnamon Box ni terletak di ground floor KL Festival City Danau Kota. Diantara Herbaline dan Sakura Kristal Cafe. Boleh pilih nak duduk dalam kafe or diluar kafe. Kalau dalam ada air-cond semua tapi kalau kat luar ada angin jelah... Kipas ada jugakla... Kafe ni tidak mengenakan service charge dan ada free Wi-Fi

Friday, April 19, 2013

The Liebster Award

Nominated by Shu for The Liebster Award: Discover new blogs! Thanks ya! Jangan lupa untuk melawat blog beliau dan jengok-jengoklah her entry on TLA.

Syarat-syaratnya:

1. List 11 facts about yourself.
2. Answer the 11 questions given to you.
3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4. Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6. Go to each bloggers page and let them know about the award.

Tuesday, April 16, 2013

Review: Etude House AC Clinic Daily Toner

Another review today. Kali ni review tentang AC Clinic Daily Toner dari Etude House. Toner ni salah satu item yang terdapat dalam trial kit yang aku beli kat Etude House. Dah habis dah pun pakai, sekarang ni tengah cuba range lain pulak. So let's start.

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday #2

Samsung Galaxy S III mini La'Fleur Edition

  • 1.0GHz Dual Core
  • 4.0" Super AMOLED Touchscreen
  • 5 megapixel camera
  • Android 4.1 Jelly Bean

Teringin nak pakai phone ni. Dah termasuk dalam wishlist aku. Entah bila dapat memilikinya...

Thursday, April 4, 2013

Fakta tentang mekap

How long does your makeup last?

Korang tahu tak yang mekap kita guna tu mempunyai jangka hayat? Berapa lama korang gunakan mekap korang? Adakah sehingga tidak boleh digunakan lagi ataupun bila korang rasa ianya tidak sesuai untuk kulit korang lagi. Well, setiap jenis mekap mempunyai jangka hayat yang berbeza. Kat sini aku nak bagi guideline tentang jangka hayat sesetengah mekap yang kita semua gunakan.

Wednesday, April 3, 2013

Review: Etude House AC Clinic Daily Gel Lotion

Harini aku nak review pasal moisturizer Etude House dari range AC Clinic. Ini saiz percubaan dan bukan saiz asal. Beli dekat Etude House cawangan Berjaya Times Square (entry ni). Baru je habis guna. So aku nak kongsi pengalaman aku sepanjang menggunakan pelembap tu.

Tuesday, April 2, 2013

Haul #21: Recent cosmetics purchase

Salam sejahtera semua. Sorry guys sebab dah lama tak update blog. Bukan apa, kerja aku tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Cuma sempat intai-intai je, tak sempat nak buat entry apa-apa. Anyway, I'm back. Hopefully lepas ni takde masalah lagilah ye...

Entry kali ni nak kongsi pasal my recent haul. Beli hujung bulan lepas. Takde apa sangat pun. Just beli toiletries je. Shall we start?

Thursday, March 21, 2013

Review: Liquid eyeliner experience


Another review for today. Berdasarkan kepada entry sebelum ni, aku ada 2 liquid eyeliner. 1 aku beli sekali dengan Silkygirl makeup remover (tengok SINI) dan 1 lagi aku dapat free gift semasa aku beli NYX Spring pallet (tengok SINI). Walaupun aku prefer pakai pensil, tapi memandangkan dah ada dalam simpanan so aku cubalah pakai. Masih lagi tak berapa nak mahir menggunakannya...

Tuesday, March 19, 2013

Review: NYX Round Lip Gloss

Harini aku nak review pasal NYX round lip gloss yang aku beli tahun lepas (tengok SINI). Ada 3 kesemuanya. RLG 02 Very Clear, RLG 22 Natural dan RLG 30 Sorbet. Yang ni aku beli kat blog Sharon. Harga RM10 each. Memang murah. Aku suka semuanya. Cuma Sorbet tu aku tak minat sangat sebab dia ada shimmer sket.

Monday, March 18, 2013

Google Reader gone?

Mungkin ramai dah tahu (or ada yang belum tahu lagi). Tapi aku nak bagitahu jugaklah kat sini walaupun korang dah tahu kan. Ini hanya untuk mereka yang follow blog using GFC je. Mulai 1 Julai 2013 ni, Google Reader akan ditamatkan perkhidmatannya.

Biasanya kalau kita sign in ke blogger, kita boleh tengok updated entry blog2 yang kita follow (melalui GFC) tu kan??. Tapi selepas tarikh tadi, kita tidak akan dapat melihat apa2 updated entry daripada blog2 yang kita follow tu. Maknanya kita tak boleh nak tahulah apa yang blogger2 tu update melainkan kalau kita terjah blog tu satu persatu. Gila apa nak terjah satu persatu. Kalau kita follow beratus beribu tu, tak ke jenuh nak terjah.

Promosi Asiahost untuk Mac

Dear Asiahost Customers,

We want to give a special offer to our customer for this march and we are proudly to announce a promotion for new registration of .my, .com, .net, .biz and .org domain name as per below:

Domain Name
Normal Price (RM)
Promotion (RM)
.com
RM38
RM30
.net
RM38
RM30
.biz
RM45
RM30
.org
RM38
RM30
.my RM85 RM30

This promotion will be valid untill 31 march 2013. T&C applied.
* You may promote Asiahost Service through our affiliate and get paid 10% - 50% for Hosting Service
* Who interested in VPS hosting and become a reseller, please send a support ticket or email to man@asiahost.cc

Wednesday, March 13, 2013

Haul #20: The Body Shop

Sebenarnya dah beberapa kali aku masuk kedai The Body Shop. Tapi takat cuci mata jelah, tak beli apa2 pun. Entah, agaknya tak tahu nak beli apa or maybe sebab tengok harganya yang membuatkan aku fikir 2 kali sebab takut 'fulusnya' tak cukup. Hahaha, kesian betullah. Anyway, haritu (dah lama dah) aku baca kat TBS punya facebook pasal 1 tawaran yang boleh dikatakan agak menarik sehingga membuatkan aku nekad untuk membeli set tu. Itupun siap berkira2 duit cukup ke tak.. (^_^)

Tapi sayangnya, bila aku nak beli set tu, ternyata ianya sudah habis stok. Tak kesampaianlah hajat dihati untuk membeli set yang menjadi idaman tu... (T_T) Tapi dah alang2 sampai kan, so aku pun surveylah barang2 dalam kedai TBS. Ada satu SA melayu yang layan aku. Tanyalah aku nak cari apa. Aku cakaplah nak tengok2 dulu. Pastu kebetulan aku nampak range Tea Tree dia tu so aku tanyalah, sesuai tak dengan aku. SA tu cakap since kulit muka aku jenis kombinasi, tak berapa sesuai sebab range tu lebih kepada mereka yang mempunyai kulit bermasalah. Kulit aku tak nampak macam bermasalah kot sebab tu dia kata tak sesuai dengan aku. Padahal jerawat beberapa biji selalu keluar je. Dia syorkan aku guna range Seaweed tu.

Friday, March 8, 2013

Faktor kemunculan jerawat di muka

Just nak share some info pasal lokasi2 jerawat yang selalu keluar kat muka yang aku jumpa dalam facebook.

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

Monday, March 4, 2013

Wonderbox edisi Februari 2013

Last week, Wonberbox yang aku langgan telah selamat sampai dirumah. Kalau tak selamat sampai takdelah aku buat entry harini. Anyway, bulan ni punya pun diikat dengan reben merah, sama macam bulan lepas punya. Apa kata kita tengok isi dalamnya macam mana pulak...

Friday, March 1, 2013

Review: Etude House Skin Mal:gem Smoother

Bahagian kedua review Skin Mal:gem ni pulak mengenai toner Smoother. Yang ni pulak aku dapat free gift masa beli kat Sungei Wang jugak. Ada 2 jenis, satu tu botol kecil (5ml) dan satu lagi botol tinggi sket (15ml, saiz asal 250ml). Kedua2nya dari 2 set yang berbeza. Tengok sini dan sini.

Thursday, February 28, 2013

Review: Etude House Skin Mal:gem Emulsion

Harini ni aku nak buat review mengenai Etude House Skin Mal:gem Emulsion. Tapi yang ni bukan full sized punya, ini adalah saiz travel or trial. So botolnya tak samalah dengan saiz asal. Aku dapat botol Emulsion ni free masa aku beli kat cawangan Sungei Wang (tengok sini).

Tuesday, February 26, 2013

Quick & simple review

Kali ni aku nak buat review pasal 2 jenis lip balm sekaligus. Maybe tak banyak sangat nak diperkatakan seperti review yang kebiasaannya. So let's start.

Tuesday, February 19, 2013

Review: Nuteen Sleeping Mask

Harini aku nak buat review tentang Nuteen Acne & Pimples Away Sleeping Mask. Panjang pulak namanya... Anyway, aku pernah bagitahu dulu sebab utama aku beli ni sleeping mask ni (lihat entry ni). So harini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku menggunakan produk ni.

Sunday, February 17, 2013

Mivvabox edisi Februari 2013

Kesinambungan dari entry sebelum ni, kali ni aku nak kongsi pulak apa yang aku dapat dalam Mivvabox edisi Februari. Walaupun lewat sedikit (dah nak masuk minggu akhir bulan Februari dah pun) tapi gambar dah ada. Tinggal nak karang cerita je. Ceh, macam nak buat karangan pulak, nak kena karang2...

Tema kali ni adalah tema cinta, bersesuaian dengan bulan Februari. Sebab itulah ada welcome card tulis "LOVE is in the air".

Kisah poslaju

Dah lama aku tak update kat blog ni.. Mana tak, asyik sangat bercuti sampai penyakit malas pun datang. Itu yang sampai harini baru nak update blog tu. Huhuhu...

Pada hari Selasa dua minggu lepas, aku sepatutnya dapat bungkusan dari Mivva yang aku subscribe bulan lepas. Tapi aku dapat pada hari Jumaat, 2 hari sebelum raya cina. Nak kata time cuti, belum lagi. Tapi itulah yang terjadi kat bungkusan aku. Time orang lain kebanyakannya dah dapat, aku je belum dapat lagi. Nasib baik dapat sebelum raya cina tu, kalau selepas mau tak kena tunggu lama. Dah tak surprise dah pun sebab dah tengok orang lain punya dulu. :'(

Friday, February 8, 2013

Review: Mentholatum Deep Moist lip balm

Harini aku nak buat review pasal salah satu lip balm dari Mentholatum. Namanya Deep Moist lip balm. Aku dapat tahu pasal lip balm ni pun melalui sebuah majalah. Dalam segmen orang bertanya soalan tentang kecantikan. Adalah sorang tu bertanya, apa yang dia patut pakai untuk bibir dia yang selalu kering dan mengelupas tu. Pastu yang menjawab soalan tu suruh cuba lip balm ni. So aku pun rasa mungkin aku patut mencubanya. Sebab itulah aku beli lip balm ni.

Thursday, February 7, 2013

Review: Crazy Rumors lip balm

Sebelum aku beli lip balm ni, aku ada jugak baca review orang lain mengenainya. Boleh dikatakan, ramai yang suka dengan lip balm ni. Jadi aku ingat nak cubalah pakai, manalah tahu ia sesuai dengan bibir aku yang 'sensitif' nih. Aku pun cubalah Crazy Rumors Gumball Bubble Gum Lip Balm.

Wednesday, February 6, 2013

Etude House new collection


Thursday, January 31, 2013

Domain dot my dah pulih

Sebelum ni kecoh pasal domain dot my tak boleh akses. Dan ramai yang complaint kat Asiahost nih namun mereka tidak meberi respon langsung mengenai masalah yang berlaku nih. Hah ni aku nak bagtahu yang pihak Asiahost sendiri dah buat kenyataan mengatakan masalah ni telah pun selesai. Berikut adalah kenyataan daripada mereka yang aku copy dari email aku.

"Kami dari Asiahost ingin meminta maaf atas masalah dari pengguna nama domain .my yang menggunakan perkhidmatan DNS server kami. Ingin kami maklumkan bahawa masalah ini berpunca dari DNS ISP (Internet Service Provider) anda tidak menerima respond dari SOA record server kami. Sebenarnya proses pemindahan DNS Server kami ini tidak ada kesan keatas pengguna namun begitu, kesan dari SOA Record tidak dapat respond kepada ISP anda, anda gagal membuka blog anda. Tetapi jika anda menggunakan Public DNS ianya tiada kesan. Kami juga meminta maaf atas penyelesaian yang agak lambat berikutan hari bercuti di Malaysia menyebabkan tiada tindak balas dari semua ISP. Namun begitu kami telah Berjaya menyelesaikan masalah ini dan kami jamin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi. Kami juga telah menambah Firewall pada DNS server kami berikutan terlalu banyak DNS Attack pada domain-domain anda dan ianya akan menambah kelajuan pada pembukaan kali pertama setiap kali pencarian domain anda. Berikutan dari masalah ini berpunca dari kesalahan kami yang tidak memberi notis terlebih dahulu kerana pengalaman kami pemindahan server DNS tidak memberi kesan terhadap domain anda. Kami dengan ini menawarkan anda untuk promosi hosting SOHO Plan dengan hanya RM 10.00 sahaja untuk tahun pertama. Kupon Promosi “soho2013”. Seterusnya kami mengalu-alukan sokongan serta segala pertanyaan dan cadangan supaya kami dapat menaik taraf perkhidmatan yang terbaik di rantau Asia. Segala Pertanyaan atau perkhidmatan sokongan hanya akan dijawap menerusi system support Ticket kami sahaja."

Harap2 lepas ni takde masalah macam ni sebab ianya akan menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada mereka. At least bagitahu awal2 ke kan... Tapi takpelah, mereka dah mengaku kesilapan mereka. Tambahan pulak siap diberi hadiah istimewa pulak tu kan. So kepada korang yang masih berminat nak daftar domain tu, bolehlah check kat kiri sidebar dan daftar nama domain anda. Sebelum tawaran ditutup.

Wednesday, January 30, 2013

Review: Silkygirl Magic BB Cream

Review kedua untuk hari ini. Kali ini pasal Silkygirl Magic BB Cream. Dah lama beli cuma baru sekarang berkesempatan nak publish review nih.

Review: Garnier Pure Active Multi-action Foam

Review harini adalah mengenai pencuci muka dari Garnier yang aku beli 2 minggu sudah. Boleh tengok SINI.

Dengan muka yang mudah dihinggapi jerawat (terutama sekali kalau miss cuci muka sebelah malam) aku terasa nak cuba pencuci muka ni sebab dia boleh merawat jerawat dan tanda2 akne yang lain. Harapanku tinggi menggunung sebab menyangkakan muka ini akan bebas dari jerawat selepas menggunakannya, namun sangkaanku meleset sama sekali... Tapi ingin aku ingatkan disini, ini adalah pengalaman aku sendiri maka lain orang mungkin berbeza keputusannya.

Tuesday, January 29, 2013

Magazine freebies

Setiap bulan aku mesti beli beberapa majalah untuk pembacaan di masa lapang. Antara yang menjadi kegemaranku adalah majalah CLEO, COSMOPOLITAN, INTREND dan EH!. Itu antara yang wajib beli setiap bulan. Kadang kala jelah terlepas sebab tak sempat nak ke kedai.

Banyak info yang boleh kita dapat dalam majalah tu terutama sekali mengenai kecantikan dan apa yang terkini dalam fesyen (walaupun aku bukanlah pengikut fesyen tegar). Yang menjadi perhatian aku adalah keluaran mekap terbaru di pasaran.

Tapi apa yang aku nak kongsikan disini adalah tentang freebies yang kita boleh dapat dalam majalah tersebut. Selalunya, kalau majalah2 kat Malaysia nih banyak peraduan je kalau nak dapat hadiah. Sampel tu pun kadang2 je ada terselit. Tapi majalah kat luar negara tu, freebies tu rasanya perkara biasa kot bagi mereka (agaknyalah). Sebabnya, kalau kita beli majalah tertentu kita akan dapat beberapa item yang disertakan sekali.

Friday, January 25, 2013

Haul #19 : Cosmetics mini version

Aku dah lama aim laman web Qoo10 Malaysia nih. Banyak kosmetik Korea kat situ murah2 dari harga kat kedai. Tapi masalahnya, penjualnya luar dari Malaysia. Kalau nak beli mau kena tunggu 2-3 minggu untuk sampai ke rumah. Nama lagi oversea kan... Tapi takut jugak, kalau2 kena tahan kat kastam ke or kena charge lebih ke... Itu yang sampai bulan lepas aku tak berani lagi beli barang jauh dari Malaysia nih. Dulu pernah sekali order dari Singapura. Okaylah, takdelah lama sangat tunggu. Masalah pun takde, lepas je kat kastam tu.

Tapi 10hb lepas aku nekad. Benda yang aku nak tu ada sale. Malah harganya lagi murah dari kedai (rasanyalah..). Tapi barang yang aku nak tu dari Korea. Makan masa 2-3 minggu. Tu tak termasuk postage lagi tu. Harap2 takde masalah kat kastam nanti. Aahh, beli jelah. Tengok ada je orang dari Malaysia order. Takde masalah kot. Aku pun bayarlah...

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat serta selamat bercuti kepada semua. Selamat bekerja untuk yang bekerja esok, aku cuti esok. Nak pergi jalan2 sambil shooping. Hehehe...

Anyway, entry harini aku nak citer pasal Wonderbox yang aku langgan bulan ni. Kali terakhir aku langgan Wonderbox adalah bulan October lepas, masa 1st debut diaorang. Tapi disebabkan aku rasa isi kandungannya adalah biasa sahaja, so aku taklah melanggan selepas itu. Entah kenapa aku rasa bulan ni aku nak melanggan pulak. Katanya, untuk bulan ni adalah sempena valentine's day nanti. Tak kisahla, bukannya aku celebrate pun... Yang penting apa yang dimasukkan ke dalam kotak itu nanti. So, let's check it out.

Monday, January 21, 2013

Domain free untuk bloggers

Updated news: Khabarnya ada masalah dengan domain baru ni. Aku tak pasti samada blog aku ni boleh bukak ke tidak sebab aku boleh je bukak, orang lain tak tahulah. Tapi kalau korang boleh baca maknanya takde masalahlah kot blog aku ni. Tengoklah keadaan macam mana nanti.

Seperti mana yang telah aku khabarkan dalam entry sebelum ni, nama domain aku telah bertukar dari alya-azya.blogspot.com kepada www.theimplicitheart.my. Terima kasih kepada blogger CikMun atas segmen free domain beliau dan blogger Innanie Ariffin atas tutorial untuk tukar domain tu.

Kepada yang sempat daftar tu, tahniah diucapkan kerana telah berjaya memiliki nama domain sendiri. Tawaran tu terhad, dibuka kepada 1500 orang sahaja dan telah tamat pada 25hb Disember 2012. Tapi dengarnya lebih dari 1500 orang sebab sambutan yang sangat menggalakkan.

Jadi kepada yang tak sempat nak daftar domain dan kepada yang belum daftar lagi tu, aku ada berita gembira nak bagitau korang. Pihak Asiahost telah bermurah hati untuk melanjutkan progam tersebut. Maknanya ada peluang lagi untuk daftar domain free tu. Kali ini mereka akan memberikan lagi 2000 kuota secara percuma!

Monday, January 14, 2013

Haul #18: Face care

Semenjak dah tukar nama domain ni, header dan watermark pun kena tukar sekali. Sesiapa yang pernah datang or biasa datang melawat blog aku yang tak seberapa nih mesti perasan yang blog aku nih sudah tidak menggunakan header sebelum ni. Dah alang2 tukar nama baru, baik aku tukar header terus. So sekarang ni blog aku takde headerlah, just tulisan je kat atas tu. Anyway, aku nak update haul aku for this month. Beli awal bulan aritu. Aku ni memang tak tahan godaan. Pantang ada tulis sale, mesti nak jenguk. Dari taknak beli apa2 akhirnya end up buying something. Uwaaa!!!

Thursday, January 10, 2013

Review: Vaseline Lip Essence Advanced

Aku dah lama beli lip balm Vaseline ni (tengok ENTRY INI). Masa tu pergi Mydin nak cari barang, kebetulan pulak aku nak cari lip balm untuk bibir aku yang selalu kering dan mengelupas. So aku beli jelah kat sana, murah sket. Anyway, apa yang bagusnya lip balm Vasline nih??

Saturday, January 5, 2013

Haul #17: December accessories purchase

Aku jarang beli aksessori. Selalu lebih kepada mekap dan beg. Tapi sekarang macam best pulak pakai aksessori. Malah dah jadi item kedua terpenting selepas mekap. Yang ketiga beg, keempat adalah baju dan kelima barulah kasut. Salah satu aksessori ni termasuk dalam wishlist aku haritu. Jom tengok.
Bracelet belah kiri tu beli kat Chamelon. Suka sebab ada Eiffel tower kat bracelet dia. Berharga RM19.80. Sebelah kanan tu pulak beli kat Bonita. Harga RM19.

Haul #16: December cosmetics purchase

Semua ni aku beli bulan lepas. Cuma baru post sekarang.

Shu Uemura
Brush Cleaner. Berharga RM 60 untuk 120ml. Mahal jugak untuk botol kecik tu. Beli pun sebab kebetulan nak beli eyelash curler dia. Alang2, beli sekali benda ni. Agak kuat bau alkoholnya tapi bolehla takat nak cuci berus mekap dengan segera. Memang cepat kering pun. Tak payah tunggu 24 jam.

Thursday, January 3, 2013

Salam tahun baru, 2013 + haul #15

Harini dah masuk hari ke-3 untuk 2013. Sekolah pun dah start bukak. Maknanya jalan mula jem balik. Biasa macam tulah...

Anyway, apa resolusi tahun baru korang untuk 2013 nie?? Aku harap tahun ni aku akan jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Cuba untuk berubah kepada yang lebih baik walaupun kadang2 tabiat buruk akan muncul balik.. Macam tebiat aku yang suka shopping menghabiskan duit pastu tak guna pun benda2 tu (T_T). Tapi aku suka shopping/windows shopping especially bila aku stress or ada masalah. Itu adalah terapi buat aku. Tapi tulah, aku ingat nak jual balik benda2 yang aku beli, yang tak pernah guna or kurang guna. At least boleh tambahkan duit. Hehehe... Rasanya ada sesiapa yang nak beli ke?? Itu baru satu, rasanya banyak lagi tabiat buruk aku ni. Tak payah citer semua kat sini...