Thursday, January 31, 2013

Domain dot my dah pulih

Sebelum ni kecoh pasal domain dot my tak boleh akses. Dan ramai yang complaint kat Asiahost nih namun mereka tidak meberi respon langsung mengenai masalah yang berlaku nih. Hah ni aku nak bagtahu yang pihak Asiahost sendiri dah buat kenyataan mengatakan masalah ni telah pun selesai. Berikut adalah kenyataan daripada mereka yang aku copy dari email aku.

"Kami dari Asiahost ingin meminta maaf atas masalah dari pengguna nama domain .my yang menggunakan perkhidmatan DNS server kami. Ingin kami maklumkan bahawa masalah ini berpunca dari DNS ISP (Internet Service Provider) anda tidak menerima respond dari SOA record server kami. Sebenarnya proses pemindahan DNS Server kami ini tidak ada kesan keatas pengguna namun begitu, kesan dari SOA Record tidak dapat respond kepada ISP anda, anda gagal membuka blog anda. Tetapi jika anda menggunakan Public DNS ianya tiada kesan. Kami juga meminta maaf atas penyelesaian yang agak lambat berikutan hari bercuti di Malaysia menyebabkan tiada tindak balas dari semua ISP. Namun begitu kami telah Berjaya menyelesaikan masalah ini dan kami jamin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi. Kami juga telah menambah Firewall pada DNS server kami berikutan terlalu banyak DNS Attack pada domain-domain anda dan ianya akan menambah kelajuan pada pembukaan kali pertama setiap kali pencarian domain anda. Berikutan dari masalah ini berpunca dari kesalahan kami yang tidak memberi notis terlebih dahulu kerana pengalaman kami pemindahan server DNS tidak memberi kesan terhadap domain anda. Kami dengan ini menawarkan anda untuk promosi hosting SOHO Plan dengan hanya RM 10.00 sahaja untuk tahun pertama. Kupon Promosi “soho2013”. Seterusnya kami mengalu-alukan sokongan serta segala pertanyaan dan cadangan supaya kami dapat menaik taraf perkhidmatan yang terbaik di rantau Asia. Segala Pertanyaan atau perkhidmatan sokongan hanya akan dijawap menerusi system support Ticket kami sahaja."

Harap2 lepas ni takde masalah macam ni sebab ianya akan menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada mereka. At least bagitahu awal2 ke kan... Tapi takpelah, mereka dah mengaku kesilapan mereka. Tambahan pulak siap diberi hadiah istimewa pulak tu kan. So kepada korang yang masih berminat nak daftar domain tu, bolehlah check kat kiri sidebar dan daftar nama domain anda. Sebelum tawaran ditutup.

Wednesday, January 30, 2013

Review: Silkygirl Magic BB Cream

Review kedua untuk hari ini. Kali ini pasal Silkygirl Magic BB Cream. Dah lama beli cuma baru sekarang berkesempatan nak publish review nih.

Review: Garnier Pure Active Multi-action Foam

Review harini adalah mengenai pencuci muka dari Garnier yang aku beli 2 minggu sudah. Boleh tengok SINI.

Dengan muka yang mudah dihinggapi jerawat (terutama sekali kalau miss cuci muka sebelah malam) aku terasa nak cuba pencuci muka ni sebab dia boleh merawat jerawat dan tanda2 akne yang lain. Harapanku tinggi menggunung sebab menyangkakan muka ini akan bebas dari jerawat selepas menggunakannya, namun sangkaanku meleset sama sekali... Tapi ingin aku ingatkan disini, ini adalah pengalaman aku sendiri maka lain orang mungkin berbeza keputusannya.

Tuesday, January 29, 2013

Magazine freebies

Setiap bulan aku mesti beli beberapa majalah untuk pembacaan di masa lapang. Antara yang menjadi kegemaranku adalah majalah CLEO, COSMOPOLITAN, INTREND dan EH!. Itu antara yang wajib beli setiap bulan. Kadang kala jelah terlepas sebab tak sempat nak ke kedai.

Banyak info yang boleh kita dapat dalam majalah tu terutama sekali mengenai kecantikan dan apa yang terkini dalam fesyen (walaupun aku bukanlah pengikut fesyen tegar). Yang menjadi perhatian aku adalah keluaran mekap terbaru di pasaran.

Tapi apa yang aku nak kongsikan disini adalah tentang freebies yang kita boleh dapat dalam majalah tersebut. Selalunya, kalau majalah2 kat Malaysia nih banyak peraduan je kalau nak dapat hadiah. Sampel tu pun kadang2 je ada terselit. Tapi majalah kat luar negara tu, freebies tu rasanya perkara biasa kot bagi mereka (agaknyalah). Sebabnya, kalau kita beli majalah tertentu kita akan dapat beberapa item yang disertakan sekali.

Friday, January 25, 2013

Haul #19 : Cosmetics mini version

Aku dah lama aim laman web Qoo10 Malaysia nih. Banyak kosmetik Korea kat situ murah2 dari harga kat kedai. Tapi masalahnya, penjualnya luar dari Malaysia. Kalau nak beli mau kena tunggu 2-3 minggu untuk sampai ke rumah. Nama lagi oversea kan... Tapi takut jugak, kalau2 kena tahan kat kastam ke or kena charge lebih ke... Itu yang sampai bulan lepas aku tak berani lagi beli barang jauh dari Malaysia nih. Dulu pernah sekali order dari Singapura. Okaylah, takdelah lama sangat tunggu. Masalah pun takde, lepas je kat kastam tu.

Tapi 10hb lepas aku nekad. Benda yang aku nak tu ada sale. Malah harganya lagi murah dari kedai (rasanyalah..). Tapi barang yang aku nak tu dari Korea. Makan masa 2-3 minggu. Tu tak termasuk postage lagi tu. Harap2 takde masalah kat kastam nanti. Aahh, beli jelah. Tengok ada je orang dari Malaysia order. Takde masalah kot. Aku pun bayarlah...

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat serta selamat bercuti kepada semua. Selamat bekerja untuk yang bekerja esok, aku cuti esok. Nak pergi jalan2 sambil shooping. Hehehe...

Anyway, entry harini aku nak citer pasal Wonderbox yang aku langgan bulan ni. Kali terakhir aku langgan Wonderbox adalah bulan October lepas, masa 1st debut diaorang. Tapi disebabkan aku rasa isi kandungannya adalah biasa sahaja, so aku taklah melanggan selepas itu. Entah kenapa aku rasa bulan ni aku nak melanggan pulak. Katanya, untuk bulan ni adalah sempena valentine's day nanti. Tak kisahla, bukannya aku celebrate pun... Yang penting apa yang dimasukkan ke dalam kotak itu nanti. So, let's check it out.

Monday, January 21, 2013

Domain free untuk bloggers

Updated news: Khabarnya ada masalah dengan domain baru ni. Aku tak pasti samada blog aku ni boleh bukak ke tidak sebab aku boleh je bukak, orang lain tak tahulah. Tapi kalau korang boleh baca maknanya takde masalahlah kot blog aku ni. Tengoklah keadaan macam mana nanti.

Seperti mana yang telah aku khabarkan dalam entry sebelum ni, nama domain aku telah bertukar dari alya-azya.blogspot.com kepada www.theimplicitheart.my. Terima kasih kepada blogger CikMun atas segmen free domain beliau dan blogger Innanie Ariffin atas tutorial untuk tukar domain tu.

Kepada yang sempat daftar tu, tahniah diucapkan kerana telah berjaya memiliki nama domain sendiri. Tawaran tu terhad, dibuka kepada 1500 orang sahaja dan telah tamat pada 25hb Disember 2012. Tapi dengarnya lebih dari 1500 orang sebab sambutan yang sangat menggalakkan.

Jadi kepada yang tak sempat nak daftar domain dan kepada yang belum daftar lagi tu, aku ada berita gembira nak bagitau korang. Pihak Asiahost telah bermurah hati untuk melanjutkan progam tersebut. Maknanya ada peluang lagi untuk daftar domain free tu. Kali ini mereka akan memberikan lagi 2000 kuota secara percuma!

Monday, January 14, 2013

Haul #18: Face care

Semenjak dah tukar nama domain ni, header dan watermark pun kena tukar sekali. Sesiapa yang pernah datang or biasa datang melawat blog aku yang tak seberapa nih mesti perasan yang blog aku nih sudah tidak menggunakan header sebelum ni. Dah alang2 tukar nama baru, baik aku tukar header terus. So sekarang ni blog aku takde headerlah, just tulisan je kat atas tu. Anyway, aku nak update haul aku for this month. Beli awal bulan aritu. Aku ni memang tak tahan godaan. Pantang ada tulis sale, mesti nak jenguk. Dari taknak beli apa2 akhirnya end up buying something. Uwaaa!!!

Thursday, January 10, 2013

Review: Vaseline Lip Essence Advanced

Aku dah lama beli lip balm Vaseline ni (tengok ENTRY INI). Masa tu pergi Mydin nak cari barang, kebetulan pulak aku nak cari lip balm untuk bibir aku yang selalu kering dan mengelupas. So aku beli jelah kat sana, murah sket. Anyway, apa yang bagusnya lip balm Vasline nih??

Saturday, January 5, 2013

Haul #17: December accessories purchase

Aku jarang beli aksessori. Selalu lebih kepada mekap dan beg. Tapi sekarang macam best pulak pakai aksessori. Malah dah jadi item kedua terpenting selepas mekap. Yang ketiga beg, keempat adalah baju dan kelima barulah kasut. Salah satu aksessori ni termasuk dalam wishlist aku haritu. Jom tengok.
Bracelet belah kiri tu beli kat Chamelon. Suka sebab ada Eiffel tower kat bracelet dia. Berharga RM19.80. Sebelah kanan tu pulak beli kat Bonita. Harga RM19.

Haul #16: December cosmetics purchase

Semua ni aku beli bulan lepas. Cuma baru post sekarang.

Shu Uemura
Brush Cleaner. Berharga RM 60 untuk 120ml. Mahal jugak untuk botol kecik tu. Beli pun sebab kebetulan nak beli eyelash curler dia. Alang2, beli sekali benda ni. Agak kuat bau alkoholnya tapi bolehla takat nak cuci berus mekap dengan segera. Memang cepat kering pun. Tak payah tunggu 24 jam.

Thursday, January 3, 2013

Salam tahun baru, 2013 + haul #15

Harini dah masuk hari ke-3 untuk 2013. Sekolah pun dah start bukak. Maknanya jalan mula jem balik. Biasa macam tulah...

Anyway, apa resolusi tahun baru korang untuk 2013 nie?? Aku harap tahun ni aku akan jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Cuba untuk berubah kepada yang lebih baik walaupun kadang2 tabiat buruk akan muncul balik.. Macam tebiat aku yang suka shopping menghabiskan duit pastu tak guna pun benda2 tu (T_T). Tapi aku suka shopping/windows shopping especially bila aku stress or ada masalah. Itu adalah terapi buat aku. Tapi tulah, aku ingat nak jual balik benda2 yang aku beli, yang tak pernah guna or kurang guna. At least boleh tambahkan duit. Hehehe... Rasanya ada sesiapa yang nak beli ke?? Itu baru satu, rasanya banyak lagi tabiat buruk aku ni. Tak payah citer semua kat sini...