Monday, January 21, 2013

Domain free untuk bloggers

Updated news: Khabarnya ada masalah dengan domain baru ni. Aku tak pasti samada blog aku ni boleh bukak ke tidak sebab aku boleh je bukak, orang lain tak tahulah. Tapi kalau korang boleh baca maknanya takde masalahlah kot blog aku ni. Tengoklah keadaan macam mana nanti.

Seperti mana yang telah aku khabarkan dalam entry sebelum ni, nama domain aku telah bertukar dari alya-azya.blogspot.com kepada www.theimplicitheart.my. Terima kasih kepada blogger CikMun atas segmen free domain beliau dan blogger Innanie Ariffin atas tutorial untuk tukar domain tu.

Kepada yang sempat daftar tu, tahniah diucapkan kerana telah berjaya memiliki nama domain sendiri. Tawaran tu terhad, dibuka kepada 1500 orang sahaja dan telah tamat pada 25hb Disember 2012. Tapi dengarnya lebih dari 1500 orang sebab sambutan yang sangat menggalakkan.

Jadi kepada yang tak sempat nak daftar domain dan kepada yang belum daftar lagi tu, aku ada berita gembira nak bagitau korang. Pihak Asiahost telah bermurah hati untuk melanjutkan progam tersebut. Maknanya ada peluang lagi untuk daftar domain free tu. Kali ini mereka akan memberikan lagi 2000 kuota secara percuma!

Untuk maklumat korang, domain dot MY ni dijual dipasaran dengan harga RM120.00. Tapi dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini korang boleh dapat domain tu secara percuma untuk 1 tahun dan hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 serta tahun seterusnya sebanyak RM20.00 sahaja. Apa??!! RM20.00 sahaja??!! (Ceh, saje bikin gempak)

So, jika korang:

WARGANEGARA MALAYSIA
BERUSIA 18-45 TAHUN
ADA BLOG

maka korang memang layaklah untuk mendaftar free domain tu dan bertukar kepada domain dot MY tu macam aku jugak.

Tapi pastikan korang betul2 rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja tau. Sebab, mereka akan check nama dan maklumat2 yang korang isi nanti dengan JPN. Kalau maklumat yang korang isi meragukan atau tak sama dengan maklumat yang ada kat JPN nanti, mereka tak akan proses permohonan korang. So sila pastikan korang isi nama penuh seperti di dalam kad pengenalan.

Proses tempahan mungkin akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran tetapi domain yang didaftar tu tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia" bila mendaftar nanti yek. So dah fikir nama apa yang dipakai untuk domain baru nanti?? Boleh check kat bawah ni, okey??


Domain:
Masih lagi teringat2 ending citer Merlin seasons 5.. Pasni takde citer Merlin lagi dah... Huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.