Saturday, January 5, 2013

Haul #16: December cosmetics purchase

Semua ni aku beli bulan lepas. Cuma baru post sekarang.

Shu Uemura
Brush Cleaner. Berharga RM 60 untuk 120ml. Mahal jugak untuk botol kecik tu. Beli pun sebab kebetulan nak beli eyelash curler dia. Alang2, beli sekali benda ni. Agak kuat bau alkoholnya tapi bolehla takat nak cuci berus mekap dengan segera. Memang cepat kering pun. Tak payah tunggu 24 jam.

Karl Lagerfeld Eyelash Curler. Berharga RM68. Masa ni ada promtion Karl Lagerfeld. Kalau yang biasa punya RM60 je. Tapi cute sebab ada keychain doll tu. Okey, bulu mata melentik. Walaupun nampak macam baru lepas terkelepet. Kadang2 tu terkepit sket kulit tapi boleh control lagi.

Etude House
AC Clinic Intense Trial Kit. Berharga RM32.70 selepas diskaun. Masa tu ada promosi 10%/15%/25% + 5%. So dapat 2x diskaun. Kononnya nak trylah. Tapi kalau bawak travel pun ok gak. Belum try lagi.
Dari atas: Drawing Eye Brow AD #02 (RM15.60 selepas diskaun 10%/15%/25% + 5%), Dear Milky Gloss #MBE102 (RM26.29 selepas diskaun 10%/15%/25% + 5%) dan Surprise Essence Concealer #02 (RM15.60 selepas diskaun 10%/15%/25% + 5%). Dah lama nak try eye brow dgn concealer tu. Eye brow tu warna kelabu coklat tak silap. Concealer plak cuma ada warna tu je. Lipgloss tu aku suka sebab warnanya macam milky sket. Semua belum try lagi.
Eraser Shower Cleasing Serum. Berharga RM 47.40 selepas diskaun 5%. Beli ni pun sebab nak cukupkan kuota untuk dapatkan pouch Etude House. Dia macam susu pembersih mekap tapi jenis krim. Belum try lagi.
Ni lah pouch yang aku citer tadi. Kena beli RM120 keatas tak silap baru dapat ni free. Memang aku nak pouch ni sebab boleh simpan toiletries aku untuk travel. Ada dalam wishlist aku nih.
Yang ni free gift. Soft Cream Scrub.

Elianto
Touch on Blush B-02. Berharga RM24.50 selepas diskaun 30%. Aku memang nak beli blush jenis macam ni. Senang nak bawak ke mana2. Just apply je. Tapi pastikan kena ketuk2 dulu bahagian bawahnya supaya serbuk tu kena spannya. Tak silap warna peach rasanya. Belum try lagi.
Pretty Doll Mascara. Berharga RM30. Sebenarnya ni ada set dia. Sebab nak pouch punya pasal aku belilah satu set. Belum try lagi.
Sparkle Magic Powder 03 Sparkle Blue. Berharga RM22.70. Sekali satu set dengan mascara tadi. Bukan bedak ye. Jenis roll-on, macam glitter. Cantik, tapi tak tahu bila aku nak guna.
Hydro Collagen Lip Gloss 04 Coral Star. Berharga RM26.30. Sekali satu set dengan mascara dan glitter tadi. Rasanya warna peach kot. Belum try lagi.
Dolce Moist Balm 02 Raspberry. Berharga RM13.50 selepas diskaun 10%. Balm tak berwarna tapi ada rasa raspberry sket. Akan dibuat review. Tahu tak? Perkataan dolce tu bermaksud sweet, fresh, soft atau gentle dalam bahasa Itali. Hmmm...
Splendor Eyeshadow 05 Lawn Green. Berharga RM9 selepas diskaun 10%.

Sephora
Surprise Beauty Cracker. Berharga RM79. Nampak macam best je. Ada isi dalam kraker tu. Sebab tu aku beli. Nak tahu apa isi dalam?? Jom tengok.
Nail Buffer dan Sephora Eyeshadow Starry Sky N 07.
 
Sephora Peony Creamy Body Wash dan 3 klip rambut.
Last sekali, Burt's Bee Lip & Cuticle Cream Pomegranate. Berharga RM24. Selalu baca review pasal brand ni. Ingat nak try lip balm tu lah. Boleh tahan murah lah.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.