Friday, January 25, 2013

Haul #19 : Cosmetics mini version

Aku dah lama aim laman web Qoo10 Malaysia nih. Banyak kosmetik Korea kat situ murah2 dari harga kat kedai. Tapi masalahnya, penjualnya luar dari Malaysia. Kalau nak beli mau kena tunggu 2-3 minggu untuk sampai ke rumah. Nama lagi oversea kan... Tapi takut jugak, kalau2 kena tahan kat kastam ke or kena charge lebih ke... Itu yang sampai bulan lepas aku tak berani lagi beli barang jauh dari Malaysia nih. Dulu pernah sekali order dari Singapura. Okaylah, takdelah lama sangat tunggu. Masalah pun takde, lepas je kat kastam tu.

Tapi 10hb lepas aku nekad. Benda yang aku nak tu ada sale. Malah harganya lagi murah dari kedai (rasanyalah..). Tapi barang yang aku nak tu dari Korea. Makan masa 2-3 minggu. Tu tak termasuk postage lagi tu. Harap2 takde masalah kat kastam nanti. Aahh, beli jelah. Tengok ada je orang dari Malaysia order. Takde masalah kot. Aku pun bayarlah...

Yang ni lah aku nak tu. Hand cream dari Etude House. Bentuk burung hantu yang comel. Kalau kat kedai kena beli 4 sekaligus, RM100. Aku just nak try je takkan nak beli semua kot...


Aku pilih warna pink dengan warna hijau. Comel kan?? Masa aku beli haritu harganya RM11.60 tapi sekarang turun RM0.10.

Yang ni tambahan je. Aku dah ada warna pink, ingat nak try warna merah pulak. Harganya RM17.60, murah sket dari kat kedai. Memandangkan aku beli dari penjual yang sama, harga postage tu boleh digabungkan. Macam bayar untuk 1 barang jelah.

Setelah hampir 2 minggu menunggu, akhirnya sampai jugak parcel aku dari Korea pada hari Rabu lepas. Jom tengok...
Customs declaration




First hand cream ni namanya Missing U Hand Cream - I Can Fly. Yang ni burung Eagle - Owl Verry Berry Cherry. Tak try lagi so tak sure bau apa. Beratnya 30ml je.

Yang ni pulak burung Kakapo Sunny Sunny Apple.


Yang ni Fresh Cherry Tint in Cherry Red RD301. Berat 9g je.


Free samples
Total kesemuanya adalah RM50 tepat. Termasuk postage sekali. Kira murah jugaklah tu kan. Kalau beli kat kedai mau dalam RM100++. So kalau rasa nak try order kat Qoo10 Malaysia nih, bolehlah melawat laman web tu. Sekarang ni banyak sale kat situ. Tapi tengok penjual jugakla. Kalau rasa tak yakin jangan beli. Kalau penjual tu ada banyak komen positif maybe boleh pertimbangkan.

Pernah dulu hampir beli dengan penjual dari Malaysia ni. Dia jual barang MAC. Murah sketlah dari kedai. Tapi banyak masalah betullah. Dah bayar tetiba kata takde stok. Pastu aku mesej penjual tu. 3x aku mesej dia nak tanya pasal refund dengan tukar barang lain. Alih2 dia boleh cancel pembelian aku tu sebab aku tak reply mesej dia. Pelik betullah.

Last2 aku email je dia. Pastu dia ajak berurusan diluar dari laman web tu. Bila aku tanya balik pasal barang yang aku nak tu, tetiba kata ada stok. Lagilah aku pelik. Sekejap kata macam ni sekejap kata macam tu. Pastu aku minta dia bagi senarai harga barang yang aku nak tu. Nanti baru aku decide nak beli ke tak. Sampai sekarang tak reply email aku tu. Jangan pulak nanti kata tak dapat email aku pulak. Memang nak hempuk je rasa. Itu masa bulan puasa lepas. Bayangkan dah berapa bulan sekarang ni. Lantak kau lah. Aku malas nak beli kat kau lagi dah. Senang2 je aku beli kat kedai terus.

Kalau nak jual tu buat cara nak jual. Jangan main2 kan pelanggan macam tu. Menyusahkan orang betul. Nasib baik aku dapat refund duit dari Qoo10 tu. Kalau tak menangis tak berlagulah... So berhati2 lah korang yek. Sorry, melencong pulak dari tajuk sebenar...

22 comments:

  1. sy penah nk bli kt Qoo10 ni tp risau..huhu..plus mcm complicated skit bli kt sni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli kat situ memang kena pilih2..pastu kena sabar menunggu sbb biasanya amik masa nak sampai. lainlah kalau local seller or from Singapore. maybe sampai awal sket. yg bagusnya, bila kita dah confirm terima brg tu barulah diaorg bayar ke seller.

      Delete
  2. boleh pakai deposit cash tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x surelah boleh ke x... tapi dia ada acc cimb so maybe boleh kot.. kena query kat customer service utk lebih lanjut..

      Delete
  3. Pilih shipping apa? Free or registered Shipping? Boleh tolong explain psl q-pRice dgn deal price?thanks:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna registered mail. senang nak trace.

      kalau tak silap q-price tu rasanya harga promosi. deal price tu pulak harga murah utk masa terhad je. biasanya murah sket dari q-price tapi dalam masa/kuantiti terhad je

      Delete
  4. Kena tahan dekat kastam x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, takde masalah kat kastam.

      Delete
  5. Awak buat payment macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x silap pakai bank transfer je. Lepas tu qoo10 tu yg handle kan payment ke seller. kalau x silaplah..

      Delete
  6. Salam sis :-)
    Lps buat payment, mcm mn nk confirm payment dgn diorg ea?
    plis advice.
    thnx :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x silap boleh check dgn seller tu sendiri or emel je Qoo10 tu..nanti diaorg akan replylah...

      Delete
  7. Masa hari rabu tu, penjual tu dia hantar barang pagi ke petang...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap tengah hari tu rasanya sampai... Takdelah petang sangat..

      Delete
  8. Masa hari rabu, tu penjual tu dia hantar barang pagi ke petang...???

    ReplyDelete
  9. Masa hari rabu, tu penjual tu dia hantar barang pagi ke petang...???

    ReplyDelete
  10. Masa hari Rabu, tu penjual tu dia hantar barang pagi ke petang...???

    ReplyDelete
  11. Masa hari Rabu, tu penjual tu dia hantar barang pagi ke petang...???

    ReplyDelete
  12. salam sy nak tanya qoo10 ni qurier apa ye yg hantr brg

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab haritu pilih registered pos so dia guna pos biasa je tapi jenis kena sign, pos malaysia je..

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.