Tuesday, January 29, 2013

Magazine freebies

Setiap bulan aku mesti beli beberapa majalah untuk pembacaan di masa lapang. Antara yang menjadi kegemaranku adalah majalah CLEO, COSMOPOLITAN, INTREND dan EH!. Itu antara yang wajib beli setiap bulan. Kadang kala jelah terlepas sebab tak sempat nak ke kedai.

Banyak info yang boleh kita dapat dalam majalah tu terutama sekali mengenai kecantikan dan apa yang terkini dalam fesyen (walaupun aku bukanlah pengikut fesyen tegar). Yang menjadi perhatian aku adalah keluaran mekap terbaru di pasaran.

Tapi apa yang aku nak kongsikan disini adalah tentang freebies yang kita boleh dapat dalam majalah tersebut. Selalunya, kalau majalah2 kat Malaysia nih banyak peraduan je kalau nak dapat hadiah. Sampel tu pun kadang2 je ada terselit. Tapi majalah kat luar negara tu, freebies tu rasanya perkara biasa kot bagi mereka (agaknyalah). Sebabnya, kalau kita beli majalah tertentu kita akan dapat beberapa item yang disertakan sekali.

Contohnya majalah kat atas tu. Walaupun majalah tu dari UK, tapi ada sesetengah kedai yang menjual majalah dari oversea tu kat Malaysia. Sebenarnya aku pun tak minat sangat nak baca majalah tu tapi yang aku minat adalah freebies dia.

Tadaa.. Itulah freebies yang aku cakapkan tadi. Dalam majalah SHOUT tu ada cd The SIMS 3, scarf dan set mekap. Free je semua. Cuma majalah tu jelah mahal sket. Dalam RM20++. Tak kisahlah, yang penting freebies dia tu.



Majalah MIZZ ni pulak ada lip & eye pallet. Harga majalah ni pun dalam RM20++.


Rasanya set mekap tu sesuai kalau aku jadikan hadiah untuk giveaway aku akan datang. Agak2 ada tak orang nak hadiah mekap tu?? Anyway, apa majalah kegemaran korang? Jomlah kongsi kat sini...

2 comments:

  1. sy lbih suka cerpen..hehe..jrng bli majalah..tp kira bgus mjlah oversea ni rjin bg freebies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...dulu rajinlah baca cerpen tapi sekarang ni macam malas je, tu yg beli majalah. kalau malas nak baca just selak2 tgk gmbr je..

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.