Wednesday, January 30, 2013

Review: Garnier Pure Active Multi-action Foam

Review harini adalah mengenai pencuci muka dari Garnier yang aku beli 2 minggu sudah. Boleh tengok SINI.

Dengan muka yang mudah dihinggapi jerawat (terutama sekali kalau miss cuci muka sebelah malam) aku terasa nak cuba pencuci muka ni sebab dia boleh merawat jerawat dan tanda2 akne yang lain. Harapanku tinggi menggunung sebab menyangkakan muka ini akan bebas dari jerawat selepas menggunakannya, namun sangkaanku meleset sama sekali... Tapi ingin aku ingatkan disini, ini adalah pengalaman aku sendiri maka lain orang mungkin berbeza keputusannya.

Mengandungi bahan aktif anti bakteria dari salicylic acid yang dapat membantu mengurangkan minyak berlebihan yang menjadi penyebab utama jerawat. Tulisan kat label sebelah belakang tu pulak, "Bantu kurangi 6 tanda masalah jerawat. Kulit jadi terlihat bersih dan halus, jauh dari jerawat (self assessment).".

Cara guna: pijat lembut pada wajah basah dan bilas dengan air. Aku cuma picitkan atas tapak tangan dan basahkan. Kemudian gosok2 sehingga sebati dan sapukan ke muka. Lepas tu ratakan ke seluruh wajah dan bilas. Selepas bila tu muka akan rasa sedikit kesat.

Masa mula2 guna tu, takde masalah apa2 pun. Tapi selepas 1 minggu guna, muka aku ni mula timbul jerawat pasir yang kecil2 tu.. Cuma 1-2 biji di 1-2 tempat je. Beberapa hari sebelumnya, aku tak miss cuci muka terutama sekali sebelum tidur. Biasanya kalau aku miss semalam jawabnya beberapa hari kemudian akan keluarlah jerawat2 tu kat muka. Tapi kali ni, aku tak miss tapi jerawat tetap keluar jugak walaupun cuma jerawat kecil.

Aku tak pasti samada kulit aku ni yang tak sesuai ke atau memang tak berkesan kat aku. Sebab tulah aku terpaksa hentikan dulu guna pencuci muka ni dan cuba di lain masa. Kalau masih macam tu jugak maknanya ia mungkin tak sesuai dengan aku.

Ada sesiapa ke yang pernah cuba pencuci muka Garnier nih? Adakah keputusannya sama atau aku sorang je yang mengalaminya?

8 comments:

  1. I've tried this before. And it's nice for my combination skin. But for the moment, it's unavailable in my country.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well good for you. Too bad it's not available at your country. When I use this for the first few days, small little pimples(not sure what it called) came out. Maybe my skin need some adjustment first. Was below my expectation.

      Delete
  2. Maybe salicylic acid is not for your skin. I have acne prone skin too and salicylic acid seems to not work for me most of the time. So I resorted for benzoyl peroxide based products which works better for my skin. It can be a little drying I must highlight that.

    Btw, I've tried Garnier Spot treatment (one with blue tube and contains zinc in it). That stuff is amazing at spot treatment! Rasa pedih sikit tapi berkesan for me. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. never thought of that before.. well, it's been a while so maybe I should try it again, in case kalau tak kena lagi sekali..

      Delete
  3. sama laa kita :) dh pernah try product ni tpi sama mcm awak , muka saya naik jerawat pasir . saya guna 3 produk ni , first guna garnier , lepas dh habis tu , guna neutrogena pulak , pastu skrg guna simplysiti yg clear solution tu . idk , product yg mana yg buat muka saya naik jerawat pasir ni . yg penting , tiga-tiga product tu saya guna takde perubahan . hm so sad ! now , simplysiti dh habis :) but my mom still beli garnier tu , bila saya pakai garnier muka saya tak teruk sgt katanya haha . idk laa , saya rasa sama je -,-' hehe btw , sabar kayy , its better naik jerawat pasir drpd muka terus jdi sensitive haha . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...tapi bila ada jerawat pasir ni tangan jadi gatal pulak..hehehe

      Delete
  4. Tpi dulu my face is so terok. Tpi lps pki produk tue. Its just nice. So nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok orang jugaklah...ada yg sesuai ada yg tak..

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.