Wednesday, January 30, 2013

Review: Silkygirl Magic BB Cream

Review kedua untuk hari ini. Kali ini pasal Silkygirl Magic BB Cream. Dah lama beli cuma baru sekarang berkesempatan nak publish review nih.


Didatangkan dalam bentuk tiub berwarna biru muda dan mempunyai tona 2 warna untuk dipilih iaitu 01 Natural dan 02 Radiant. Seperti gambar diatas aku pilih 02 sebab ianya lebih sesuai untuk kulit aku berbanding 01 yang lebih kepada putih kekuningan. Krim ni ada beberapa kebaikan dalam 1. Yang penting ianya ada pelembap, penutup parut, asas mekap dan ada SPF30++.  So kiranya tak perlulah pakai pelembap dan sun block sebab dia dah ada sekali.

Muncungnya yang panjang tu memudahkan untuk pengeluaran dan mengawalnya daripada terlebih keluar.

Berikut adalah beberapa swatches krim tu:

Korang sendiri boleh tengok macam mana ianya blend dengan kulit selepas diratakan. Lepas diratakan, kulit terasa ringan dan tak tebal. Macam tak pakai apa2 pun. Bau pun takde yang tidak menyenangkan. Cuma pastikan kalau nak pakai, selepas titikkan kat muka terus ratakan. Sebab ianya cepat kering, so kalau lambat ratakan nanti tak sekata pulak.

Yang ni pulak ujikaji dengan air. Kiranya kalau kena air tu taklah tanggal. Kalau tenyeh pun susah nak hilang.

Kesan pemakaian di muka. Nampak perbezaan kan?? Krim ni bebas minyak, bebas bahan pewangi dan non-comedogenic. Maknanya ia tak block pores. Tapi dalam gambar tu pores dan parut jerawat still boleh nampak cuma kurang sedikitlah. Kalau nak hilangkan parut semua tu better tambah dengan concealer.

Setelah beberapa kali menggunakannya, aku dapati ianya tak seperti yang digambarkan. Memanglah ianya ringan dan tak terasa tebal tapi selepas beberapa jam pakai, muka aku mula berkilat. Terutama sekali kat hidung. Macam biasa dan takde perbezaan pun. Katanya mengawal minyak tapi bagi aku takde beza pun. Sama je kalau tak pakai. Kadang2 tu nampak macam banyak je minyak kat hidung ni.

Semua ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Lain orang mungkin lain kesannya. Walaupun bukan pengawal minyak yang bagus, at least aku tak perlu pakai pelembap dan sun block sebab ada SPFnya sendiri.

5 comments:

  1. Sama la..dlu sy pun pkai bb cream ni..yg natural punya..bila tgh hari muka sy jadi brminyak pstu jdi mcm merah2 gelap..

    ReplyDelete
  2. ok k gne bb cream ni? ce komen sket. gehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa jelah... sbb lepas beberapa jam area t-zone dah mula nampak berkilat..

      Delete
  3. Ꮇy famіly always say that I am wasting my time here at web, but I know I am getting
    experience all the time by reading such pleasant
    articles.

    ReplyDelete
  4. Spot on with this write-up, I honestly believe this site needs a lot more
    attention. I'll probably be back again to read more, thanks for the information!

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.