Thursday, January 10, 2013

Review: Vaseline Lip Essence Advanced

Aku dah lama beli lip balm Vaseline ni (tengok ENTRY INI). Masa tu pergi Mydin nak cari barang, kebetulan pulak aku nak cari lip balm untuk bibir aku yang selalu kering dan mengelupas. So aku beli jelah kat sana, murah sket. Anyway, apa yang bagusnya lip balm Vasline nih??
Datang dalam bentuk tiub kecil dengan isipadu sebanyak 10ml. Tutupnya berwarna biru dan bermuncung bulat. Boleh sapu terus kat bibir macam pakai lipstick tapi pastikan dipicit dulu, kalau tak mana nak keluar isinya.

Isinya adalah dari jenis gel berwarna jernih. Bila disapu, tahan beberapa jam seperti petroleum jelly yang biasa. Mula2 okay, takde masalah. Bila dah beberapa hari pakai baru nampak kesannya. Bibir aku tetap jadi kering dan mengelupas, sama macam sebelum pakai. Kalau takat mengelupas sikit tu takpe lagi, tapi jadi berkuping pulak. Aku pulak jenis tangan tak boleh duduk diam. Mesti nak kopek je kulit yang terkupas tu. Mana tak berdarah kalau asyik duk kopek je.

Bila pakai nampak macam ada glossy sedikit. Cuma aku jelah tak suka kesannya pada bibir ni. Aku pun pelik, sebab ia tak sama macam petroleum jelly yang dalam bekas tube besar. Yang tu aku okay sedikit guna. Tapi yang ni aku tak okay langsung. Harga murah pun. RM8.90 je. Lain kali memang tak beli lagi dah.

P.s : Ini adalah pendapat aku sendiri tentang produk tersebut. Ianya mungkin berbeza bagi orang lain.

2 comments:

  1. love vaseline :)
    great review :)

    www.twoplicates.blogspot.com.au

    ReplyDelete
  2. I used to be able to find good info from your content.


    My blog post :: Is Skin Whitening Forever a Scam ()

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.