Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat serta selamat bercuti kepada semua. Selamat bekerja untuk yang bekerja esok, aku cuti esok. Nak pergi jalan2 sambil shooping. Hehehe...

Anyway, entry harini aku nak citer pasal Wonderbox yang aku langgan bulan ni. Kali terakhir aku langgan Wonderbox adalah bulan October lepas, masa 1st debut diaorang. Tapi disebabkan aku rasa isi kandungannya adalah biasa sahaja, so aku taklah melanggan selepas itu. Entah kenapa aku rasa bulan ni aku nak melanggan pulak. Katanya, untuk bulan ni adalah sempena valentine's day nanti. Tak kisahla, bukannya aku celebrate pun... Yang penting apa yang dimasukkan ke dalam kotak itu nanti. So, let's check it out.

Tadaa.. Comes in a GDEX package

Dibalut dengan bubble wrap dan ada riben merah sekali

Description card

Pamplet Ronasutra, booklet Murad dan baucer dari Murad


Dari 2 pandangan berbeza



Murad Skin Perfecting Primer Dewy Finish - Saiz sampel, 5ml. Harga RM150 untuk 30ml. Ini adalah oil-free primer yang mengawal minyak, menutup kecelaan kulit dan mengurangkan saiz pores. (Biasa je primer nih)

Murad Pomegranate Exfoliating Mask - 1 keping je, 7.5ml. Harga RM66 untuk 6 x 7.5ml. Untuk melicinkan dan menghidrat kulit serta mengembalikan kecerahan dan keseimbangan kulit kombinasi

Ronasutra 2-in-1 Mineral Foundation & Powder - Warna 03 Natural Buff. Berat, 8g. Harga RM48 untuk 8g. Kiranya ini dalam full size lah. Bebas dari talkum, bahan sintetik, pewangi dan pengawet. Sesuai untuk luminous look yang lembut dan sekata. (Bolehla pakai untuk setting concealer ke..Oklah)

Ronasutra Anti-bacterial NBR Sponge - Harga RM5 untuk 2. Sesuai digunakan bersama bedak Mineral Foundation tadi. Bagus untuk kulit sensitif. (Bagi aku macam span yang lain..)


Elianto Nutri Rouge Lipstick - Warna N02. Berat, 3.3g. Harga RM25 untuk 3g. Yang ni pun full size. Gincu berkrim dengan SPF 18. Bibir akan nampak lembut bercahaya dan lembap. (Rasanya pakai takdelah mengeringkan bibir lagi. Tapi warnanya taklah terang sangat. Lebih kepada macam nampak ada warna sikit-sikit je)


Coloured Hair Chalk - 2 dari 12 warna. Ini adalah pewarna rambut sementara yang tiada bahan kimia yang memudaratkan. Mudah dibersihkan menggunakan syampu rambut biasa.

Last sekali 3 kuntum bunga putih dalam bekas lutsinar. Itu jelah untuk kali ini. So, korang dah dapat Wonderbox edisi Januari? Apa pendapat korang? Suka atau tak? For me, okeylah. Not bad for this month punya subscription. Ada bedak Ronasutra yang memang aku dah lama nak cuba tapi tak berani, ada lipstick dari Elianto, masker dari Murad dan primer juga dari Murad. Bulan Februari nanti macam mana agaknya kandungannya? Kena tunggu bulan depan pulaklah... Kalau nak langgan untuk bulan Februari nanti, silalah pergi ke Wonderbox Malaysia dan melangganlah sekarang. Kalau tak sempat, habis stok pulak.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.