Thursday, January 3, 2013

Salam tahun baru, 2013 + haul #15

Harini dah masuk hari ke-3 untuk 2013. Sekolah pun dah start bukak. Maknanya jalan mula jem balik. Biasa macam tulah...

Anyway, apa resolusi tahun baru korang untuk 2013 nie?? Aku harap tahun ni aku akan jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Cuba untuk berubah kepada yang lebih baik walaupun kadang2 tabiat buruk akan muncul balik.. Macam tebiat aku yang suka shopping menghabiskan duit pastu tak guna pun benda2 tu (T_T). Tapi aku suka shopping/windows shopping especially bila aku stress or ada masalah. Itu adalah terapi buat aku. Tapi tulah, aku ingat nak jual balik benda2 yang aku beli, yang tak pernah guna or kurang guna. At least boleh tambahkan duit. Hehehe... Rasanya ada sesiapa yang nak beli ke?? Itu baru satu, rasanya banyak lagi tabiat buruk aku ni. Tak payah citer semua kat sini...

Apa korang buat time cuti tahun baru?? Nak tahu apa aku buat cuti 1hb lepas?? Aku buat kerja yang tak pernah aku buat sebelum ni. Maybe pernah buat dulu tapi aku tak berapa ingat kot... Apa yang aku buat?? Aku pergi outing, seorang diri, naik public transport ke shopping complexes kat KL ni. Wahaha... Aku pergi Mid Valley, pastu pergi KLCC dan last sekali pergi Pavilion. Pergi tengah hari balik malam. Well okay, mungkinlah tak segah mana pun, saje je bikin gempak...

Lagipun 1hb tu kan last day year end sale. Tapi takdelah membeli-belah sangat. Just survey dan mencari sesuatu. Beli pun takat 3 jenis accessories... Itu pun beli kat Vincci KLCC. Penat tu memang penat, tapi best lah jugak walaupun jalan sensorang. Lagipun senang. Nak jalan lambat ke, cepat ke, nak lepak lama ke, sekejap ke... Tak perlu nak risau orang tunggu kita ke or kita tunggu orang ke. Suka hati kaulah nak buat apa... Cuma tak bestnya takde kawan nak berborak jelah...
Suka design cermina mata ni, ada reben kat tepi

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.