Tuesday, February 26, 2013

Quick & simple review

Kali ni aku nak buat review pasal 2 jenis lip balm sekaligus. Maybe tak banyak sangat nak diperkatakan seperti review yang kebiasaannya. So let's start.

Etude House Bee Happy Lip Balm #03. Harga RM20.93 selepas diskaun 30%. Boleh rujuk sini. First lip balm yang aku beli berbentuk sebegini. Selalunya dalam bentuk lipstick yang kena putar kat bawahnya. Yang ni pulak bentuk bulat dan bekasnya adalah jenis tin. Bila nak bukak penutupnya agak keras sedikit so aku kena twist dulu barulah senang bukak. Nampak macam warna merah jambu batu tu tapi bila pakai kat bibir tak kelihatan sebegitu pun. Tahan untuk beberapa jam sebelum kena oleskan semula. Ada rasa dan bau macam strawberi sedikit.

Elianto Dolce Moist Balm 02 Raspberry. Harga RM 13.50 selepas diskaun 10%. Boleh tengok entry ni. Lip balm ni bentuk tiub panjang, macam kebanyakkan jenis lip balm yang lain. Isinya panjang lebih kurang 2.5 - 3cm. Kena putar kat bawahnya untuk keluarkan dalamnya.


Berwarna merah jambu gelap sedikit dari tadi dan adalah bau macam beri2. Tapi bila pakai, tak ketara sangat rasanya dan tiada warna pun. Tahanlah untuk beberapa jam.

Kedua2 lip balm ni nampak macam okey. Tapi bagi aku tak berapa nak okey sangatlah sebab ia membuatkan bibir aku mengelupas jugak (bibir aku ni sensitif sket). Walaupun ia dikatakan tidak membuatkan bibir kering dan mengelupas. Cuma taklah seteruk macam lip balm sebelum ni. Kedua2nya aku guna dalam 5% je kot. Ingat nak bagi kat orang. Ada sesiapa nak tak?? (Already been given away)

7 comments:

  1. kalo bg free nakla Etude House Bee Happy Lip Balm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dah guna sket lah..takpe ke??kalau takpe boleh je bagi free..

      Delete
  2. Replies
    1. kalau ok baguslah..nanti bagi alamat..boleh pos

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, noted. Nanti bila dah pos kita bagitau. Tgh cari idea mcm mana nak bungkus benda tu.

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.