Thursday, February 7, 2013

Review: Crazy Rumors lip balm

Sebelum aku beli lip balm ni, aku ada jugak baca review orang lain mengenainya. Boleh dikatakan, ramai yang suka dengan lip balm ni. Jadi aku ingat nak cubalah pakai, manalah tahu ia sesuai dengan bibir aku yang 'sensitif' nih. Aku pun cubalah Crazy Rumors Gumball Bubble Gum Lip Balm.

Lip balm ni macam lip balm yang lain jugak. Datang dalam bentuk tiub panjang yang boleh twist kat bawahnya untuk keluarkan isinya. Ada protective seal kat penutup atasnya menandakan yang ianya belum pernah dibuka. Ianya cruelty free dan vegan free, 100% natural. Warna macam putih kuning. Tapi bila disapu kat bibir memang takde warna yang kelihatan. Takde rasa dan bau. Bila pakai pulak terasa macam sticky sedikit. Tahan lama jugak untuk melembapkan bibir sebelum kena sapu semula selepas beberapa jam.

Masa mula pakai tu takde apa perbezaan sangat. Cuma bibir tak rasa kering. Tapi selepas beberapa hari pakai, bibir aku mula mengelupas sedikit. Tak banyak sangat sampai boleh dikopek. Selalunya aku akan basahkan bibir dan gosok2 kan kulit kering mengelupas tu. Aku fikir mungkin untuk permulaan je kot. Tapi lepas sekian lama pakai, kulit yang mengelupas tu tetap datang dan selalunya lepas beberapa hari sapu.

So aku berhenti sekejap guna lip balm ni dan aku cuba yang lain dulu sebelum aku guna balik. Aku ingat bila aku cuba pakai balik selepas lama aku tinggalkan, bibir aku akan jadi elok ke... Tapi tak. Malah jadi lebih teruk mengelupasnya. Takdelah teruk sangat tapi lagi teruk dari sebelum ni lah. Siap boleh kopek pulak tu. Aku ni memang tak boleh tahan kalau mulut mengelupas macam tu, mesti nak kopek je...

Semenjak dari kejadian itu, aku dah hentikan terus penggunaan lip balm ni sebab ianya tak mendatangkan kebaikan kepada aku langsung. Anyway, ini semua adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Lain orang mungkin berbeza hasilnya.

6 comments:

  1. Replies
    1. tulah..maybe tak serasi bersama kot...

      Delete
  2. dear, salah satu sebab bibir cepat kering disebabkan selalu jilat bibir, kita punya air liur ni ade enzyme yg tertentu yg boleh mengeringkan bibir, hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...rasanya saya jarang jilat bibir sebab selalu pakai lip balm melainkan kalau tgh makan.. hehe..

      Delete
  3. So far maxilip je sesuai dgn saya..mmg benda2 cm ni ikut keserasian

    ReplyDelete
  4. So far maxilip je sesuai dgn saya..mmg benda2 cm ni ikut keserasian

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.