Friday, February 8, 2013

Review: Mentholatum Deep Moist lip balm

Harini aku nak buat review pasal salah satu lip balm dari Mentholatum. Namanya Deep Moist lip balm. Aku dapat tahu pasal lip balm ni pun melalui sebuah majalah. Dalam segmen orang bertanya soalan tentang kecantikan. Adalah sorang tu bertanya, apa yang dia patut pakai untuk bibir dia yang selalu kering dan mengelupas tu. Pastu yang menjawab soalan tu suruh cuba lip balm ni. So aku pun rasa mungkin aku patut mencubanya. Sebab itulah aku beli lip balm ni.

Datang dalam bentuk tiub tapi leper sedikit dari kebanyakan lip balm yang biasa. Itu bagi memudahkan penyapuan keatas bibir kita. Mendakwa sangat melembapkan dan memelihara bibir.

 
Yang ni pulak adalah bentuk isinya. Panjang lebih kurang 1-1.5 inci macam tu. Ni pun sebab aku dah pakai sket so dah pendekla. Lupa pulak nak ukur awal2 masa beli haritu.

Nampak je warna putih tapi bila pakai memang tak kelihatan langsung pun. Memang terasa lembap je mulut bila pakai. Tambahan pulak dia tahan lagi lama dari lip balm lain yang pernah aku cuba. Lainlah kalau kita makan atau minum. Masa tu aku menyangkakan yang aku telah menjumpai apa yang aku cari selama ini. Tapi sangkaan ku meleset sama sekali.

Lepas beberapa hari je pakai, bibir aku mula terasa kering. Kulit bibir mulai menjadi keras. Aku ingat mungkin sebab tak sapu lagi masa tu, itu yang rasa macam kering kot. Tidak2.. Ia tak berakhir disitu. Selepas beberapa hari kemudian, bibr aku mulai mengelupas. Dan yang aku tak suka, banyak pulak kulit bibir yang mengelupas. Bukan kecik2 je, besar pulak kuping2 nya. Tensen betullah.

Mulut aku lagi teruk mengelupas. Lagi teruk daripada pakai lip balm Crazy Rumors tu. At least yang tu taklah mengelupas teruk sangat macam yang ni. Huhuhu... So sekarang ni aku dah stop dah guna yang ni. Anyway, ini adalah pengalaman aku sendiri. Lain orang mungkin berbeza hasilnya.

P.s: Akhirnya MIVVA box aku sampai jugak kat rumah petang tadi. Tak sabar rasanya nak balik dan tengok walaupun elemen surprise tu dah takde sebab aku dah tengok orang lain punya.

2 comments:

  1. Owh yeke. Macam tu pula. Mungkin lip balm tu tengok jenis bibir juga kot. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kena tengok mulut jugaklah kalau nak guna. Kalau tak sesuai, jadilah macam tu. Mengelupas dengan teruk...

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.