Tuesday, February 19, 2013

Review: Nuteen Sleeping Mask

Harini aku nak buat review tentang Nuteen Acne & Pimples Away Sleeping Mask. Panjang pulak namanya... Anyway, aku pernah bagitahu dulu sebab utama aku beli ni sleeping mask ni (lihat entry ni). So harini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku menggunakan produk ni.

Seperti dalam gambar, Sleeping Mask ni datang dalam bekas plastik berbentuk tiub bulat dengan penutup yang kena putar untuk dibuka. Saiznya lebih kurang kecil sedikit daripada besar tapak tangan. Muat2 untuk genggam je. Agak ringan jugaklah. Iyalah beratnya cuma 35g je.


Berdasarkan kepada gambar diatas, ianya dikatakan membantu mengurangkan lebihan minyak dan seterusnya mengurangkan pembentukan akne. Tambahan pula ia boleh mengeringkan akne. Digunakan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Caranya, sapu dan ratakan pada muka selepas pelembap (aku sapu last sekali) sebelum tidur dan bilas pada esok hari selepas bangun tidur.

Sleeping Mask ni berbentuk gel krim yang bewarna putih hijau. Tidak terlalu melekit (kecuali masa permulaan je..lepas tu tak dah) dan bila disapu kat muka terasa macam berangin je. Tapi itu untuk sementara jelah. Baunya ada sedikit wangi tapi tidak terlalu kuat, bagi akulah. Aku tak kisah sangat baunya, lagipun lepas sapu kat muka hilanglah baunya.

Lepas bangun dari tidur, aku perasan yang muka aku jadi tidak berminyak. Bukanlah nampak macam baru lepas blotter ke apa tapi lebih kepada tidak berkilat. Itu yang bagusnya pasal Sleeping Mask ni. Tetapi pasal jerawat pulak ianya bergantung. Contohnya kalau kita sapu pada hari jerawat baru muncul (terutama sekali jerawat yang berusia kurang atau berusia sehari), ianya akan hilang. Teori itu hanya terpakai kepada jerawat kecil sahaja ye... Jerawat sederhana pulak mungkin ambil masa 3-4 hari baru mengecil dan hilang sepenuhnya. Manakala jerawat jenis besar mungkin tidak ada kesan langsung (kalau ada pun tak ketara sangat). Itupun kalau digunakan dengan krim jerawat sekali. Kalau pakai mask tu je tanpa krim jerawat, aku tak pastilah hasilnya akan sama atau tidak.

Itu baru jerawat yang baru muncul. Bagi jerawat yang sudah beberapa hari keluar (lebih dari 3-4 hari), tidak memberi kesan langsung pun. Seolah2 macam tak lut je. Kiranya tak semua jerawat boleh dirawat dengan mask ni. Jadi kalau sesiapa nak cepat hilangkan jerawat dalam masa sehari, Sleeping Mask ni tak dapat membantu sangat. Melainkan kalau jerawat tu jenis kecil macam jerawat pasir tu ke.

So seperti biasa, lain orang lain pendapatnya. Lain orang lain hasilnya. Mungkin mask ni tak berapa nak menjadi sangat kat aku tapi orang lain mungkin ok je. Memandangkan aku dah guna mask ni, better aku teruskan jelah. Lagipun kira bolehla membantu walau tak semuanya menjadi. Cuma mungkin aku tak pakai dalam 2-3 hari je. Bergantung kepada kerajinan aku. Tambahan pulak muka terasa 'cool' je bila pakai...

6 comments:

  1. interesting! berapa ringgit ya you beli ni?

    ReplyDelete
  2. Boleh pakai tiap2 mlm tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya sebab pernah baca review blogger lain yg dia guna setiap malam..

      Delete
  3. salam sis berapa harganyr

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu RM21.90, 3 tahun lepas... Sekarang tak sure berapa

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.