Monday, March 18, 2013

Google Reader gone?

Mungkin ramai dah tahu (or ada yang belum tahu lagi). Tapi aku nak bagitahu jugaklah kat sini walaupun korang dah tahu kan. Ini hanya untuk mereka yang follow blog using GFC je. Mulai 1 Julai 2013 ni, Google Reader akan ditamatkan perkhidmatannya.

Biasanya kalau kita sign in ke blogger, kita boleh tengok updated entry blog2 yang kita follow (melalui GFC) tu kan??. Tapi selepas tarikh tadi, kita tidak akan dapat melihat apa2 updated entry daripada blog2 yang kita follow tu. Maknanya kita tak boleh nak tahulah apa yang blogger2 tu update melainkan kalau kita terjah blog tu satu persatu. Gila apa nak terjah satu persatu. Kalau kita follow beratus beribu tu, tak ke jenuh nak terjah.

Ada orang kata, mereka tamatkan perkhidmatan Google Reader ni sebab nak kita gunakan fungsi Google + tu. Well, aku tak berapa suka sangat user interface dia sebab macam leceh je. Walaupun pihak Google tak cakap yang GFC tu akan ditutup atau tidak (mungkin akan ditutup juga) tapi macam tak seronoklah follow blogger lain tapi tak boleh nak tahu latest story diaorang, kan??

Lepas ni kenalah cari alternatif lain untuk mengetahui cerita2 terkini blog yang kita follow tu. Antaranya macam Bloglovin, NuffnangX, NetworkedBlogs, facebook, twitter or RSS feeds tu. So kalau rasa tak nak ketinggalan any updated news or entry, just follow using these options. Don't forget to follow mine ^_^

NetworkedBlogs

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.