Wednesday, March 13, 2013

Haul #20: The Body Shop

Sebenarnya dah beberapa kali aku masuk kedai The Body Shop. Tapi takat cuci mata jelah, tak beli apa2 pun. Entah, agaknya tak tahu nak beli apa or maybe sebab tengok harganya yang membuatkan aku fikir 2 kali sebab takut 'fulusnya' tak cukup. Hahaha, kesian betullah. Anyway, haritu (dah lama dah) aku baca kat TBS punya facebook pasal 1 tawaran yang boleh dikatakan agak menarik sehingga membuatkan aku nekad untuk membeli set tu. Itupun siap berkira2 duit cukup ke tak.. (^_^)

Tapi sayangnya, bila aku nak beli set tu, ternyata ianya sudah habis stok. Tak kesampaianlah hajat dihati untuk membeli set yang menjadi idaman tu... (T_T) Tapi dah alang2 sampai kan, so aku pun surveylah barang2 dalam kedai TBS. Ada satu SA melayu yang layan aku. Tanyalah aku nak cari apa. Aku cakaplah nak tengok2 dulu. Pastu kebetulan aku nampak range Tea Tree dia tu so aku tanyalah, sesuai tak dengan aku. SA tu cakap since kulit muka aku jenis kombinasi, tak berapa sesuai sebab range tu lebih kepada mereka yang mempunyai kulit bermasalah. Kulit aku tak nampak macam bermasalah kot sebab tu dia kata tak sesuai dengan aku. Padahal jerawat beberapa biji selalu keluar je. Dia syorkan aku guna range Seaweed tu.

Mulanya aku agak skeptikal sedikit sebab tak pasti samada ianya akan membantu mengurangkan masalah jerawat ni. Tapi bila dia terangkan kat aku, barulah aku faham. Katanya range tu sesuai untuk kulit kombinasi. Kalau guna range Tea Tree tu takut nanti lagi banyak jerawat yang keluar. Lagipun dia pun gunakan range tu (iye ke??) dan bila kulit dia dah okay sket barulah dia cuba range lain plak. So aku pun pilih Seaweed Clarifying Toner 200ml (RM42). Tapi disebabkan aku insist jugak nak cuba range Tea Tree tu so dia cadangkan aku guna Pore Minimiser.

Tea Tree Pore Minimiser 30ml (RM59). Lebih kurang macam Nutox Invisble Pore Essence (tengok SINI) tapi yang ni lagi besar dan lagi banyak isipadunya (Nutox cuma 15ml je pada harga RM50.91). Harga pulak lebih kurang je. So aku pun ambillah satu. SA tu masih tak puas hati jugak. Nak jugak aku beli something dari range Seaweed tu (dalam gaya yang berhemahla, bukan macam paksa2 orang tu). Last2 aku belilah toner Seaweed tu, memikirkan pencuci muka ada lagi walaupun toner kat rumah ada lagi yang belum guna... Takpelah, beli 2 tu pun dah RM100. Lari sket dari budget aku. Lari RM1 je pun...

So memandangkan aku tak pernah register jadi member TBS tu, SA tu cakap dengan setiap pembelian RM100 keatas, automatiknya kita layak jadi member TBS. Dan kalau nak renew kena buat pembelian RM300 keatas dalam 1 transaksi or 3 kali pembelian. Barulah boleh renew next year. Macam biasalah, kena isi borang semua tu. Tapi member TBS tak diberikan kad keahlian macam tempat lain, mereka guna I/C kita. Dan setiap RM1 yang kita belanja kita dapat 1 points dimana kalau dah cukup 150 points kita dapat something. Aku tak ingat dapat apa. Hahaha... Dapat diskaun kot. Agaknyalah... Sudah lupa lah.. Pastu kalau birthday boleh dapat diskaun lagi... Something like that.

Dan masa aku beli tu ada promosi, beli RM50 keatas dapat free body butter.



Tambahan kepada entry haul ni. Aku beli facial wipes kat Guardian. Dah lama beli dah, cuma tak publish dalam mana2 entry je. Masa tu ada promosi, tu yang terus grab tu. Ada 2 jenis sebenarnya...
Dalam 1 peket tu ada 3 jenis. Apple Fresh, Rose dan Sea Breeze. Harga RM5.90 untuk 1 peket.

Yang ni pulak beli 3 dengan harga RM9.88. Jenis biasa punya.

2 comments:

  1. slalu nmpak TBS lalu je..tkut nk msuk mcm awk..wet wipes tu dh jd kperluan..kalo xguna, rsa mcm makeup xbersih je..

    ReplyDelete
  2. kalau bukan nak beli set tu mmg tak masuklah kot, kecuali kalau ada sale baru berani masuk..itu pun tgk je...sebenarnya saje je nak try wet wipes tu, lgpun murah kan

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.