Friday, March 1, 2013

Review: Etude House Skin Mal:gem Smoother

Bahagian kedua review Skin Mal:gem ni pulak mengenai toner Smoother. Yang ni pulak aku dapat free gift masa beli kat Sungei Wang jugak. Ada 2 jenis, satu tu botol kecil (5ml) dan satu lagi botol tinggi sket (15ml, saiz asal 250ml). Kedua2nya dari 2 set yang berbeza. Tengok sini dan sini.

Botol kecil ni lebih kurang reka bentuknya macam Emulsion cuma Smoother ada gambar snowflake and all that kat bahagian hapadan botolnya. Penutupnya pun warna lain jugak. Badan botol ni diperbuat dari sturdy plastic and very light. Tak berat sangat bila pegang. Anyway, botol kecil tu aku dah habis guna. Sekarang tengah guna yang botol tinggi sket tu pulak.

Toner Smoother ni warna putih jernih. Baunya sama dengan bau Emulsion, bau floral yang wangi. Bila disapu kat muka, tak terasa sejuk or cool but a bit sticky. Ambil masa untuk hilang rasa sticky tu walaupun ianya sudah kering. Toner ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah. Kononnya untuk exfoliate keratin kulit menjadi lebih bersih, licin dan lembut. Agaknya sebab tu kot ia dipanggil exfoliation toner. Ia juga dapat membuang sisa kotoran pada kulit dan mengetatkan liang roma untuk mengelak pembentukan jerawat. Oh ya, toner ni ada alkohol tapi bila aku pakai takdelah pulak rasa menyengat ke apa. Kalau tak silap, ia boleh digunakan untuk membersih mekap tapi yang jenis ringan2 jelah. Kalau yang tebal2 tu rasanya susah sedikit.

Macam Emulsion jugak, toner ni ada mulut macam mulut botol minuman. Ini pun kena pandai kawal jugak sebab kalau tak nanti habis basah lencun cotton pad tu. Botol saiz asal tu aku rasa ada lubang kecil je kot kat mulutnya. Yang bagusnya, botol ni kita boleh recycle semula untuk isi dengan benda lain bila dah habis guna.

Kesimpulannya, toner ni biasa je bagi aku. Tiada istimewanya pun. Tapi bila pakai memang terasa bersih je muka. Itu jelah.

4 comments:

  1. teringin nk try ygni dgn Fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak rasa fresh yg ni oklah..Fresh x try lagi..sama je kot

      Delete
  2. Replies
    1. saya tahu pun masa beli aritu...kalau x beli mmg tak tahu langsung..

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.