Tuesday, March 19, 2013

Review: NYX Round Lip Gloss

Harini aku nak review pasal NYX round lip gloss yang aku beli tahun lepas (tengok SINI). Ada 3 kesemuanya. RLG 02 Very Clear, RLG 22 Natural dan RLG 30 Sorbet. Yang ni aku beli kat blog Sharon. Harga RM10 each. Memang murah. Aku suka semuanya. Cuma Sorbet tu aku tak minat sangat sebab dia ada shimmer sket.

Melihat pada packaging lip gloss ni, ianya datang dalam bentuk sturdy plastic bottle yang langsing. Tinggi pun dalam 10.5cm je. Tutupnya berwarna hitam dan badannya warna clear jugak. Since lip gloss ni ada warna berbeza, so tak nampaklah warna badannya. Ketiga2 lip gloss ni mempunyai doe foot applicator which is a good thing because easy for applying. Baunya semacam bau sabun sket tapi bila pakai tak bau pun. For me, lip gloss ni taklah melekit sangat bila pakai. Tak tahulah bagi orang lain...
ingredients

First, RLG 02 Very Clear. Seperti namanya, lip gloss ni tiada warna. Hanya clear sahaja. So kalau pakai atas bibir tanpa lipstick, tiada warna akan kelihatan. Ia tiada shimmer but still look glossy. Kalau sapu sekali tak nampak sangat glossy tapi kalau disapu beberapa kali boleh nampaklah glossy nya. Just like tipikal lip gloss lah kan.


Second RLG 22 Natural. Aku sebenarnya nak beli warna lain masa tu. Tapi disebabkan warna yang aku nak tu takde, so aku pilihlah warna ni. Yang ni lebih kepada warna coklat. Bila swatch kat tangan boleh nampak warna coklatnya tapi bila aku pakai tak ketara sangatlah. Yang ni pun takde shimmer just glossy je.


Lastly, RLG 30 Sorbet. Aku tiada pilihan lain sebab warna yang aku nak takde. Sebab tu aku pilih warna ni. Warnanya cantik, macam pink lembut. Itu bila swatch kat tanganlah. Kalau aku pakai tak nampak sangat warnanya. Mulanya aku ingatkan dia sama macam yang lain. Tapi rupanya yang ni ada a bit of shimmer dalamnya. Aku ni bukan peminat benda kilat2. So aku tak berapa suka sangatlah lip gloss ni. Bila pakai kat bibir, shimmer tu tak nampak sangat but its there. So it's a mix of glossy and shimmer.


Lip gloss ni tahan dalam 3-4 jam tanpa makan atau minum. Walaupun warnanya semakin pudar tapi glossy tu tetap ada. Cuma tak seperti masa mula2 pakailah. Ianya boleh dikatakan kalis air sebab kalau basuh dengan air agak susah nak tanggal. So better guna makeup remover. Cuma Sorbet tu leceh sedikit compare to others sebab dia ada kilat2. Kena cuci betul2 sket yang tu. Yang lain tiada masalah. Senang je nak tanggal guna makeup remover.


Anyway, lain orang lain pendapatnya. Review ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

2 comments:

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.