Tuesday, April 2, 2013

Haul #21: Recent cosmetics purchase

Salam sejahtera semua. Sorry guys sebab dah lama tak update blog. Bukan apa, kerja aku tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Cuma sempat intai-intai je, tak sempat nak buat entry apa-apa. Anyway, I'm back. Hopefully lepas ni takde masalah lagilah ye...

Entry kali ni nak kongsi pasal my recent haul. Beli hujung bulan lepas. Takde apa sangat pun. Just beli toiletries je. Shall we start?

Tujuan asalnya nak beli facial cotton tu. Memandangkan aku punya pun dah tinggal separuh je lagi, so aku pun surveylah harga kat Watson. Dekat Watson, cotton pad tu dalam RM11 lebih. Tapi bila aku tengok promosi dekat Guardian, terus aku shopping kat situ. Malas nak pergi balik 2 tempat. Sekali tengok macam tak banyak tapi semua ni adalah dalam RM50. Lepas tu, dapat pulak baucer RM5 free. Memang berbaloilah aku shopping kat Guardian (ini dikira shopping jugak ke?).
facial cotton pad - RM9.98
Listerine mouthwash in green tea
Yang ni ada story aku nak bagitahu. Dia ada 2 botol dalam 1 pack. Masa aku ambil 1 botol je, SA Guardian tu tanyalah aku, tak nak ambil 2 pek ke? Harga RM12.88 je. Kalau 1 botol RM8.01 (kalau tak silap). So jimatlah dalam RM3 lebih macam tu. Aku pun apa lagi, sambarlah satu. Dah bayar terus keluar kedai. Tergerak hati nak check resit, betulke apa yang aku bayar tu. Sekali terpandanglah harga Listerine tu RM13.88. Aku pun rasa pelik sebab kalau tak silap aku nampak RM12.88. Nasib baik tak jauh, so aku pun patahlah balik ke Guardian. Bila aku check kat price tag Listerine tu, memang dia tulis RM12.88. So aku pun apa lagi, terus query kat cashier. Diaorang pun checklah.

Rasanya ada percanggahan antara register dengan orang yang tulis harga tu. Entah aku pun tak sure. Tapi cashier tu pulangkan RM1 kat aku. Aku tanya betul ke harga RM12 lebih tu?? Dia cuma jawab nanti diaorang check balik sambil pulangkan RM1 tu kat aku. Tanpa berlengah, aku pun terus blah la... Nak tunggu apa lagi kan. Masalah aku dah selesai. Yang lain tu biarlah mereka yang settle. Aku bukan apa, sepatutnya misleading info macam ni patut dielakkan. Sebab sebagai pengguna, kita tak naklah diperdaya. Nak pulak pasal harga ni. Tulis lain, bayar lain. Bila tanya, itu harga barang lain. Tak ke terperdaya kat situ... Tapi iyelah, kita ni manusia. Mana lepas dari membuat kesilapan. Sebab itulah perlu ada orang lain yang jadi tukang tegurnya. Dah melalut pulak aku kat sini...

Yang ni pulak ada promosi. Beli 2 percuma 1. Ketiga-tiga tu berharga RM7.80. Kiranya satu RM2.60 jelah. Nasib baik harganya betul dengan yang aku bayar.

Yang ni pun ada promosi jugak. Beli 1 percuma 1. Harga kedua-duanya RM17.90. So satu tu berharga RM8.95 je. Murahlah tu. Itu jelah yang aku beli kat Guardian.


Selit sekejap kat sini. Beli majalah Female edisi April ni dapat free beg tote, on-pack. So sesiapa yang berminat nak dapatkan beg, sila dapatkan di kedai buku yang terpilih sementara stok masih ada. Ada 3 warna: hitam, biru dan pink. Aku punya warna hitam. Beli dekat kedai buku Times kat Pavillion. RM8 je pun.

P/s: Promosi Guardian hanya untuk bulan Mac sahaja.

6 comments:

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.