Thursday, April 25, 2013

Last Saturday

Sorry for the long hiatus.. A week long I think... Bukan apa, asyik tak sempat je nak update entry.. Takpelah, lepas ni aku cuba untuk meng 'update' blog aku yang tak seberapa ni yek...

Anyway, Sabtu lepas aku pergi makan dekat Cinnamon Box. Saje je berubah angin makan luar pulak. Cinnamon Box ni terletak di ground floor KL Festival City Danau Kota. Diantara Herbaline dan Sakura Kristal Cafe. Boleh pilih nak duduk dalam kafe or diluar kafe. Kalau dalam ada air-cond semua tapi kalau kat luar ada angin jelah... Kipas ada jugakla... Kafe ni tidak mengenakan service charge dan ada free Wi-Fi

Bila tengok menu aku tak tahu nak makan apa. Semua nampak sedap je. Tapi macam biasalah, kalau time makan aku mesti pilih yang murah-murah... Akhirnya aku pun pilih set Nasi Ayam Pongteh. RM10.90 satu hidangan.

Pada mulanya aku tak tahu apa itu Pongteh. Bila dah google barulah faham. Ayam Pongteh tu sejenis masakan Baba dan Nyonya. Ayam tu dimasak dengan pes taucu, kentang, cendawan shitake dan beberapa bahan lain lagilah. Jadilah Ayam Pongteh.

Nasi Ayam Pongteh ni satu set dengan air. Ada 3 pilihan air tapi aku pilih Teh Ais Lemon. Ayam Pongteh tu pulak nampak macam masak kicap. Tapi takde rasa kicap pun... Rasa apa pun aku tak pastilah (fail betul bab rasa nih). Ayamnya okay, cukup rasa dan cukup masak. Cuma aku susah nak bezakan antara ayam dengan kentang tu. Nampak sama je. Diletakkan sekali papadom dengan timun dan tomato slice.

Teh Ais Lemon tu rasa masam je. Kalau bukan sebab lemon tu masam, memang rasa tawar jelah. Aku pun pelik kenapa airnya takde rasa lain. Biasa aku beli teh ais lemon tu mesti ada rasa manis tapi yang ni takde. Memang masam je rasanya.

Dalam perjalanan nak ke parking tu sempat aku singgah ke satu gerai ni. Dia jual cupcake, muffin and all that. Tapi aku lebih tertarik kepada macaron dia. Satu RM3.50 tapi penjual tu bagi 3 biji RM10. Aku pun pilihlah semua jenis yang ada. Kebetulan kat situ tinggal 6 jenis je so bayar RM20 lah..



Biasanya kalau orang tengok macaron ni kecik-kecik je kan. Tapi yang ni lebih kurang besar tapak tangan. Warna kelabu tu paling besar dan warna pink tu paling kecil. Kan lebih kurang besar tapak tangan tu. Dia punya kepingan macaron tu pun tebal. Dahla besar murah pulak. Sedap dan manis.

Aku tak hafal pulak setiap perisa tu tapi kalau tak silap warna kelabu tu rasa tiramisu, warna pink tu rasa strawberi dan warna biru tu rasa blueberi. Yang lain tak ingat. Haha... Kalau rasa nak try bolehlah cari dekat sana. Kedudukan dia betul-betul depan kedai Hotlink kat ground floor tu.

2 comments:

  1. slalu p Kl festival tp xprsn cafe ni..nnt blhla try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt dia tersorok sket...bukan kat dlm tapi kat belakang..so kena keluar dari dlm bgn baru boleh jumpa..kalau ikut jalan sebelah Pizza San Francisco tu jumpalah jalan ke sana...

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.