Saturday, April 27, 2013

Nuffnang CPUV #1

Aku selalu jugak jengok website Nuffnang ni.. Kotla ada ke iklan yang masuk. Tapi setiap kali tengok, hampa... Aku tahu blog aku nih taklah macam blogger famous yang orang selalu kunjung. Blog aku ni selalu dikunjungi oleh kenalan blogger aku dan boleh dikatakan orang yang sama je. Kesian... T_T

Setelah seminggu kot aku tak jengok, tetiba hari ni aku jengok dah ada satu iklan CPUV yang sudah bertandang. Wahhhh!! Excited bukan main. Inilah first time ada iklan CPUV melekat. Kalau aku perasan awal-awal lagi mungkin aku boleh promote. Itulah, lain kali check selalu. Tapi dapat 0.01 je pun okaylah daripada takde kan... At least adalah jugak iklan yang sudi singgah dan menetap di blog aku yang tak seberapa ni.

Terima kasihla kepada mereka yang sudi klik iklan kat blog aku ni. Mungkin tak sebanyak orang lain (sampai boleh cashout beberapa kalilah kan...) tapi ini adalah permulaan. Setelah hampir 2 tahun aku join Nuffnang... Terima kasih Nuffnang ^_^

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.