Wednesday, April 3, 2013

Review: Etude House AC Clinic Daily Gel Lotion

Harini aku nak review pasal moisturizer Etude House dari range AC Clinic. Ini saiz percubaan dan bukan saiz asal. Beli dekat Etude House cawangan Berjaya Times Square (entry ni). Baru je habis guna. So aku nak kongsi pengalaman aku sepanjang menggunakan pelembap tu.

Seperti set percubaan yang lain (tengok SINI dan SINI), botol ni datang dalam bentuk light sturdy plastic bottle yang cuma berketinggian 8cm je. Badan dan penutupnya berwarna hijau. Kalau nak guna, kena twist dulu penutupnya dan mulutnya sama macam botol-botol percubaan yang lain. So kalau nak kawal penggunaan agak leceh sedikit sebab sekali kita ketuk or goncang botol tu, mau banyak jugaklah isinya akan terkeluar. Kan bagus kalau jenis yang boleh dipicit, supaya senang nak kawal pengeluarannya.

Mempunyai krim yang tidak terlalu putih, ianya ringan, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Cepat menyerap dan mudah diratakan ke seluruh muka. Tak perlu guna banyak sangat. Ada bau (tak sure bau apa tapi macam tea tree pun ada jugak) wangi or herba sedikit tapi tidak terlalu kuat. Dikatakan mengandungi salicylic acid and hinoki cypress extract, sesuai untuk kulit bermasalah or berjerawat disamping mengawal pengeluaran minyak. Digunakan selepas mencuci muka.

Pendapat aku mengenai produk ni
Walaupun mudah diratakan selepas disapu, ia tidak terasa melekit sangat compare to range from Skin Mal:gem. Tapi bab mengawal pengeluaran minyak tu, so-so lah. Sebab kulit aku still berminyak (without any makeup on) cuma tidak terlalu banyak or in other word, biasa-biasa je. Jerawat?? Membantu jugaklah tapi itupun sebab aku guna krim jerawat sekali. Lagipun ianya non comedogenic. Mungkin akan beli, if dah tiada pilihan lainlah. Still lagi mencari pelembap yang tidak membuat muka aku terlalu berminyak.

2 comments:

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.