Tuesday, June 18, 2013

Pemenang Pre-loved items giveaway

Berikut adalah pemenang bagi Pre-loved items giveaway yang telah berakhir semalam. Walaupun tak ramai yang menyertainya tapi sekurang-kurangnya ada jugaklah yang nak join. Anyway, kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan risau. Akan datang ada lagi. So tunggu..

Kisah poslaju #3

Kesinambungan dari Kisah poslaju #2. Apa kenalah dengan poslaju nih?? Nak kata takde orang kat rumah semalam, ada apa... Diaorang tak kemana-mana pun. Tapi dari apa yang aku tahu, semalam ada posmen biasa dan sebuah motor poslaju. Itupun cuma deliver 1 parcel je (akan cerita kemudian). Mana ada van or motor poslaju yang datang hantar parcel lagi satu tu?? So macam mana pulak boleh "Unable to deliver the item due to addressee not around at time of delivery"??!! Aku tak fahamlah poslaju nih..

Monday, June 17, 2013

Pre-loved items giveaway (CLOSED)

*This giveaway is officially closed. No more entries will be receive. Thank you for those who join in.

Aku ada banyak item (macam skincare or makeup) yang tak pakai langsung. Kebanyakannya tak sesuai dengan aku. Kalau nak jual balik takut tak laku. So daripada aku terus simpan terperuk dalam laci, lebih baik aku bagi kat orang kan? Aku akan pilih 2 pemenang untuk 2 set hadiah yang telah aku sediakan. Tapi kalau ada 2 orang je yang join, maka mungkin 2 orang tersebut yang akan menerima hadiah tersebut. So siapa nak hadiah free? Good Luck!!

Thursday, June 13, 2013

Kisah poslaju #2


Apakah??

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday #3

Screenshot from MIVVA FB

Hari tu Wonderbox naikkan harga langganan. Sekarang MIVVA pulak. Walaupun hanya untuk 1 bulan langganan sahaja tapi still kena tambah duit jugak. Lepas ni siapa pulak nak naikkan harga beauty box diaorang??

Monday, June 3, 2013

Haul #22: May purchase

Salam bulan Jun semua. Sekejap je dah masuk pertengahan tahun. Pastu tak lama lagi nak masuk bulan puasa pulak. Cepat betul masa berlalu.

Anyway, bulan lepas aku tak shopping sangat barangan mekap ni since dah banyak sangat stok aku beli sebelum ni. Tapi dalam tak beli tu sempat jugak beli 1-2 barang. Haha, kata nak stop tapi beli jugak... Haish...

Aku sebenarnya dah lama nak try perfume or body mist dari Victoria Secret nih. So last month aku pun singgah lah kejap kedai VS ni kat Pavillion. Tengok apa yang menarik (sebelum ni tak kisah pun nak masuk).