Monday, June 3, 2013

Haul #22: May purchase

Salam bulan Jun semua. Sekejap je dah masuk pertengahan tahun. Pastu tak lama lagi nak masuk bulan puasa pulak. Cepat betul masa berlalu.

Anyway, bulan lepas aku tak shopping sangat barangan mekap ni since dah banyak sangat stok aku beli sebelum ni. Tapi dalam tak beli tu sempat jugak beli 1-2 barang. Haha, kata nak stop tapi beli jugak... Haish...

Aku sebenarnya dah lama nak try perfume or body mist dari Victoria Secret nih. So last month aku pun singgah lah kejap kedai VS ni kat Pavillion. Tengok apa yang menarik (sebelum ni tak kisah pun nak masuk).

Harga 1 set: RM66

Belek punyak belek, tengok punya tengok, test punya test, akhirnya aku pun belilah set Love Spell ni. Kalau ikutkan harga untuk satu botol ni RM50+. Tapi bila beli set ni, bukan je dapat body mist, sekali dengan losyen dan mirror kecil berbentuk love ni. So kira untunglah kat situ kan.


Masa mula-mula aku test bau Love Spell ni, memang tak wangi sangat pun. Itu pada mulanyalah.. Lepas dah biar lama sekejap, barulah bau wangi tu mula menunjukkan dirinya. Masa tu lah aku mula terpikat pada bau Love Spell ni... Ingatkan nak beli Lost in Fantasy, tapi kat Pavillion tu cuma ada set Love Spell tu je. Takpelah, lain kali jelah. Thanks ya Puteri Panda for the recommendation. Sedap baunya...

Yang ni pulak aku beli kat Guardian KLCC. Masa tu ada promotion, so aku pun sambarlah 2 items ni. Tak boleh banyak-banyak, nanti over budget pulak.
Dari 2 bulan lepas lagi aku nak beli makeup remover dari Silkygirl ni. Tapi selalu miss je. Lepas tu bila cari balik, dah habis stok pulak. So bila aku nampak je stok baru kat Guardian ni bulan lepas, terus aku ambil. Yang ni aku nak guna pada last step makeup cleansing routine. Untuk bersihkan sisa-sisa mekap yang tertinggal je.

Yang ni pun dah lama aim dah. Selalu tengok je kan. Tapi bila harganya dalam RM28+ je terus aku ambil satu. Ingatkan nak ambil lagi satu yang warna peach tu tapi aku tangguhkan dulu. Lain kali maybe. Suka tengok warnanya yang lembut dan sweet tu. Bila test kat tangan, warnanya nampak macam tak terang sangat.


Last sekali aku beli set Double Smokin' BBQ Beef Burger. Sedap burger ni. First time dulu beli yang biasa punya. Kali ni beli yang double pulak. Beli ni pun sebab nak patung Hello Kitty tu. Nasib baik sempat... Yay!! Dah ada satu patung Hello Kitty nih!!. Haha, macam budak-budak pulak.

4 comments:

  1. sakan shopping..VS set tu mmg brbaloi2..nsb xda kt penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah, shopping biasa2 je... itu pun dah kira control tau..

      Delete
  2. best shpping ni.. theraphy minda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, mmg betul tu.. tapi lepas tu stress balik sbb duit byk keluar... uwaaa...

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.