Tuesday, July 30, 2013

Bag of Love Julai 2013

Dah seminggu lebih tak update blog. Terlalu asyik sangat melayan drama Korea sampai rasa kurang rajin pulak nak update. Ini pun sebab aku dah ambil gambar untuk entry kali ni, nak tak nak kenalah buat entry. Kalau tak, terperap jelah gambar tu dalam kamera aku ni hah...

Anyway, back to today title. Bag Of Love July 2013. Mungkin ramai yang dah tahu pasal Bag Of Love nih. Ke ada yang tak tahu lagi?? Let me tell you now. Konsepnya sama macam beauty box yang lain (Wonderbox, MIVVA, Vanity Trove etc) dimana kita boleh subscribe setiap bulan pada harga RM39.90 je. Pastu boleh dapat dalam 4 - 5 sampel size beauty items. Kadang-kadang dapat 1 - 2 items in full size. Cuma bezanya ia bukanlah datang dalam bentuk kotak tapi dalam bentuk beg. Alah macam beg mekap tuh. Dan yang paling menarik sekali, setiap bulan adalah berbeza. Maknanya korang takkan dapat 1 beg yang sama setiap bulan. Best kan??

Bag Of Love ni diasaskan oleh Mi Mi, seorang penulis kecantikan untuk beberapa majalah kecantikan dan fesyen terkemuka kat Malaysia nih. Dan beliau telah membuat keputusan untuk membuat beauty box  sendiri berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang kecantikan ni. Maka terhasil lah Bag Of Love.

Sebenarnya ia mula debut pada bulan Mac 2013. Masa tu aku masih ragu-ragu lagi nak order. Tapi lepas tengok orang dapat, nampak macam best pulak. Cuma fulusnya tak mengizinkan aku untuk berbuat demikian maka terpaksalah aku tangguhkan dulu hasrat untuk order Bag Of Love nih. Sehinggalah aku tengok teaser dia kat FB untuk bulan Julai punya.

Nampak macam best je kan?? Tanpa berlengah lagi, aku terus order Bag Of Love untuk bulan Julai punya. Kiranya ini my first Bag Of Love lah.


Parcel tu sampai minggu lepas. Orang delivery tu siap call lagi (tanya jalan jer...) tanya aku ada kat rumah ke tak. Kebetulan masa tu dah petang, dalam pukul 5 lebih macam tu. Time orang dah balik kerja kan. Walaupun sampai sejam kemudian... Tapi okay lah, sebab waktu orang dah habis kerja orang tu hantarkan jugak. So jom tengok apa yang aku dapat.

Tema untuk bulan Julai adalah: Asia's Beloved Gems. Cute karikatur kan??


Etude House Aloe Moistfull Skincare Kit. Trial set. Full size range from RM69.90 - RM99.90. From left: First Essence, Soothing Skin, Soothing Lotion and Soothing Cream.


The Face Shop Chia Seed Special Kit. Trial set. Full size range from RM79.90 - RM99.90. From left: Watery Toner, Moisture-Holding Seed Cream and Watery Lotion.



Sekarang part beg pulak. Bila tengok beg ni teringat masa zaman sekolah dulu. Masa tu aku pakai pencil case jenis yang lembut macam kain tuh... Beg ni siap ada lace kat tengah dan puffy ball kat zipper dia. Jom tengok isi dalam.

L'Oreal Professional Paris Liss Ultimate Smoothing Shampoo. Small size, 100ml. Full size price RM50.

Ju Ju Aquamoist Facial Cleansing Wash. Small size, 50gm. Full size price RM36.90.

Polka Dot by Splassh Nail Polish. Full size, 14ml. Price range from RM7.90 - RM8.90.

Freshel Mineral BB Cream Pore Cover. Sample size, 5gm. Full size price RM59.

So itu jelah kisah untuk kali ini. Rasanya harga semua item tu lebih daripada yang kita bayar, kan?? Tak rugilah subscribe Bag Of Love nih. Lagipun suka sangat dengan beg tu. Jadi kalau nak order untuk bulan depan punya, silalah ke laman web mereka at http://www.bag-of-love.com/.

8 comments:

  1. best2..beg dia tu yg plg comel..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Hey there, You have done a great job. I will definitely digg it and personally recommend to my friends.
    I'm confident they will be benefited from
    this site.

    ReplyDelete
  4. Having read this I believed it was extremely enlightening.
    I appreciate you spending some time and effort to put this content together.
    I once again find myself personally spending a lot of time
    both reading and leaving comments. But so what, it was still worthwhile!

    ReplyDelete
  5. Hi Dear, are you genuinely visiting this website regularly, if so then you will definitely obtain good know-how.

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.