Friday, July 5, 2013

Gigi sensitif?

Siapa ada gigi sensitif? Alah bila kita makan atau minum benda panas atau sejuk, gigi or gusi kita akan rasa macam sakit atau ngilu. Pernah berlaku kat korang tak? Aku jarang sangat kena, tapi bila kena tu terasa ngilu semacan je gigi nih.

Gigi sensitif ialah kesakitan pada gigi ketika kita makan atau minum samada panas, sejuk, manis atau masam. Ia berlaku apabila Enamel atau permukaan gigi hilang atau gusi mula mundur. Ini akan mendedahkan lapisan dalam gigi atau dipanggil Dentin yang terdiri daripada beribu-ribu rongga Dentinal Tubules kepada keadaan di luar. Apabila cecair di dalam Dentin ini diganggu, ia akan mengakibatkan kesakitan atau ngilu.

Apa yang boleh mengakibatkan gigi sensitif?
1. Memberus dengan kuat atau agresif
2. Menggunakan bulu berus yang kasar atau keras
3. Mengambil makanan berasid atau sering menguyah makanan/objek keras
4. Cara memberus yang tidak betul
5. Kemunduran gusi yang disebabkan oleh masalah gusi

Tip penjagaan gigi dan mulut
1. Pilih berus yang sesuai.
  • Bulu berus - Guna bulu berus yang tirus untuk mengeluarkan plak dan bahan tidak diingini dari gigi dan gusi
  • Kepala berus - Guna berus berkepala kecil untuk membersih dengan menyeluruh termasuk kawasan sempit
  • Pemegang - Pilih pemegang yang selesa
2. Berus gigi sekurang-kurangnya 2x sehari, 2 minit setiap kali dan elak memberus secara agresif.

3. Tukar berus gigi setiap 3 bulan atau apabila ia mula rosak dan ketika korang demam, selsema atau sakit tekak. Takut jangkitan nanti.

4. Kunjungi doktor gigi setiap 6 bulan.

So dengan itu, Southern Lion Sdn. Bhd telah memperkenalkan berus gigi baru iaitu Systema Sensitive 0.02mm. Direka khas untuk mereka yang memiliki gigi sensitif.

  • Bulu berus 0.2mm yang lembut dapat menembusi dengan lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi. Hasilnya, 9x lebih bersih berbanding dengan berus gigi biasa.
  • Bulu berus berbentuk konveks yang baru dapat mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi, untuk pengalaman memberus yang lebih selesa dan menyenangkan.
  • Pemegang bersalut getah penuh untuk genggaman yang lebih baik.

Dan bersempena dengan launching berus gigi baru Systema Sensitive 0.02mm tu, mereka bermurah hati untuk memberikan berus gigi ni secara percuma. Yes, PERCUMA!!

Cuma perlu "Like" facebook Keep Smiling dan jawab beberapa soalan mudah serta isi maklumat korang. Kemudian tunggu surat daripada mereka. Bermula dari 24 Jun sehingga 15 Julai ni. So cepat apply sebelum habis. Terhad kepada 1 berus gigi per household address. Terms and conditions apply.


Aku dah dapat. Korang bila lagi??

2 comments:

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.