Tuesday, July 9, 2013

Haul #23: Body Shop, Watson dan Guardian

Ini adalah haul yang aku beli pada bulan lepas. Aku sekalikan supaya senang, tak payah buat entry berkali-kali.

Haritu Body Shop ada buat sale (2x setahun). Masa tu kan ada diskaun untuk semua item. Aku beli kononnya nak cukupkan rekod supaya dapat renew next year punya membership, tapi tak cukup jugak... huhu... Jom tengok apa yang aku beli.

The Body Shop purchase
1. Almond Hand & Nail Cream (harga: RM 15.92)
Almond Hand & Nail Cream versi mini, untuk penjagaan tangan dan kuku sekaligus. Sesuai dimasukkan ke dalam beg.



2. Hemp Lip Conditioner (harga: RM15.90)
3. Cocoa Butter Lip Care Stick (harga: RM15.90)
Aku kan suka beli lip balm. Selagi aku tak jumpa yang sesuai dengan bibir keringku ini, selagi itulah aku akan terus beli. Belum pakai lagi..

4. Peppermint Reviving Foot Soak (harga: RM47.20)
5. Cooling Foot Spray (harga: RM31.90)
Kononnya nak pakai setiap kali bila kaki lenguh lepas berjalan. Walaupun baunya aku tak suka sangat, tapi masa guna takde bau pun. Buat masa ni aku baru guna Foot Soak tu. Best dapat rendam kaki, hehe... Well, bolehla takat nak redakan lenguh tapak kaki tu.

6. Japanese Cherry Blossom Eau De Toilette (harga: RM74.70)
7. Japanese Cherry Blossom Perfume Oil (harga: RM49.50)
Suka baunya yang fruity-floral. Dah lama aim dah, baru dapat beli..

Watson and Guardian purchase
1. Veet Hair Removal Cream (harga: RM16.88)
Test dulu kat kaki. Okaylah.. cuma kena gosok spatula tu back and forth banyak kali. 1st try, guna dalam 5 minit. Hampir 70% je tanggal. Test untuk kali kedua. Guna lebih sedikit dari 5 minit dan adalah dalam 90% tanggal. Aku tak sure samada kena guna lebih 5 minit or sebab lain. Tapi tak boleh guna lebih dari 10 minit.

2. Colgate Optic White Toothpaste (harga: RM9.80)
Masa mula-mula guna tu, gusi dan gigi jadi sensitif. Tak boleh minum air sejuk. Kalau minum terasa ngilu. Sebelum ni tak pernah pulak, tapi lepas guna ubat gigi ni terus jadi sensitif. So aku terpaksa kurangkan dari 2 minit memberus kepada 1 minit lebih kot. Baru okay sikit. Itupun kekadang rasa ngilu gak. Tak tahu kenapa jadi macam tu. Hasilnya?? Hmm...

3. Essence Lash & Brow Gel Mascara (harga: RM10.90)
Tengok macam menarik je orang guna. Bila jumpa 1 terus beli.. Susah betul nak jumpa kat Watson or Guardian kat rumah aku ni. Selalu takde je...

Additional purchase
Silkygirl Lash Prism maskara tu buy 1 free 1. Harga RM17.80 je. Yang Big Eye Maskara tu buy 1 get 2nd for 50%. So harga untuk kedua-dua maskara tu RM34.35 (RM22.90 + RM11.45)

4 comments:

  1. i had one of the body shop handcream in wild roses! love it so much lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak nampak aritu tapi x ambik sbb nak yg ada utk nail sekali...

      Delete
  2. sy pun bru start guna optic white arini..xsure plak gigi jd sensitif x..mlm ni try mnum air sejuk..

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.