Wednesday, July 31, 2013

Pembelian yang tak dirancang

Ini sebenarnya cerita Sabtu, 2 minggu lepas. Masa tu aku tengah window shopping kat KLCC. On the way nak keluar dari sana, adalah seorang perempuan ni bagi aku pamplet dari Benefit. Ingatkan nak ambil pamplet tu dan terus blah je. Tapi boleh pulak kaki aku ni mengikut dia ke booth Benefit yang berada tidak jauh dari tempat aku ditahan tu. Huhu.. So much for avoiding lah sangat..



Agaknya ada promotion kot concealer nih. Tapi masa staff Benefit tu bercerita takde pulak dia sebut pasal concealer tu. Yang dia sibuk cerita pasal mascara, pore-minimizer dengan blusher je. Dapat jugak merasa benda free walaupun bukan semuanya aku beli...

Mula-mula dia pakaikan mascara. Seriuosly mascara tu memang nampak very black. Pastu aku tak tahulah samada staff tu pakaikan terlalu banyak ke or memang ianya nampak tebal. Walaupun dia sapu berulang kali, bulu mata aku tak terasa berat langsung. Selain tu ia juga lengthen and curl my lashes. Cuma aku tak minat sangat sebab ia terlalu menonjol dan terlalu hitam. Lagipun boleh nampak ada banyak clumps (too much coating kot). Bukannya aku nak pergi event mana-mana pun nak pakai tebal-tebal macam tu. Terasa macam over pulak aku tengok.

Next is The POREfessional pro balm. Aku suka hasilnya sebab ia membuatkan pores kat muka aku ni less visible. Berbanding dengan The Body Shop Tea Tree Pore Minimizer yang aku beli dulu (SINI), yang ni lagi okay. Bukan nak kata tak bagus cuma yang ni lagi better lah. Even fine lines kat forehead aku ni pun nampak kurang. Memang menakjubkan. Patutla ramai yang suka pakai ni yek.

Seterusnya, Fine One One. Aku suka yang ni. Sebab ada 3 fungsi dalam 1. Nampak macam stick blusher tapi sebenarnya ia ada highlighter, blusher dan boleh digunakan untuk bibir. Layangkan kat pipi dan ratakan. Tak perlu pakai highlighter dan blusher lain-lain. Yang tengah tu boleh guna untuk bibir.

Tapi akhirnya aku decided untuk beli pore-minimizer je. Harga pro balm dengan blusher tu RM115 each (mascara lupa nak tanya) tapi kalau beli pro balm tu dapat 3 items in 1 set compare to blusher tu. So better aku ambil pro balm tu walaupun aku suka blusher stick... Nak beli dua-dua sekali, cash tak cukup pulak. Pilih satu jelah. Kebetulan ada promosi kalau beli 2 items dapat free photoshoot. Bila fikir-fikir, aku tak perlu kot nak ambil gambar so baik tak payah.



Sebenarnya duit tu aku nak beli benda lain tapi dah terbeli benda lain, terpaksalah aku tangguh dulu hasrat aku tu. Inilah jadinya bila pembelian tak dirancang. Huhuhu... Actually aku tak pernah terfikir langsung nak beli brand ni (sebab harga) but now I have 1 in my collection.

3 comments:

  1. wewiittt! sy blh pndang jela benefits ni..xrela spend duit untk makeup mahal..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah jadinya bila plan lain jadi lain.. huhu..

      Delete
  2. nyaris nak beli semalam, tapi just bought maskara dia je ...

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.