Friday, August 30, 2013

Nuffnang CPC #7 dan #8

Tambah lagi CPC Nuffnang aku. Thanks to all yang klik. Oh ya, esok hari merdeka kan?? So ada yang cuti ganti harini tapi tak semualah.. Huhuhu... Jadi, selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Kekalkanlah keamanan yang kita miliki ini demi kesejahteraan semua. Betul ke ayat aku ni??

Tuesday, August 20, 2013

Luahan Raya 2013

Dah 2 minggu aku tak update apa-apa kat blog ni. Maklumlah, bila cuti panjang macam ni jadi malas pulak nak buat entry.. Hehe..

Rasanya dah ramai yang kembali bekerja minggu ni kan?? Sekolah pun dah bukak balik.. Bila cuti lama sangat jadi takde mood nak buat kerja... Terasa macam nak cuti lagi. Seolah-olah 2 minggu tu tak cukup... Punyalah tamak aku ni...

Monday, August 5, 2013

Haul #25: A mini Daiso haul

Lagi beberapa hari je nak raya. Rasanya ramai dah mula cuti harini kan?? Well, maybe ada yang masih lagi berkerja harini tapi aku dah start cuti dah. Wahaha, saja cuti awal sket. Nak pergi shopping last minit kononnya. Aku lagi suka shopping time orang kerja. Tak sesak. Hehe... Pastu nak kemas rumah lagi. Tak habis kemas lagi tuh...

Thursday, August 1, 2013

Haul #24: Real Techniques brushes

Berus Real Techniques ni memang dah lama masuk dalam wishlist aku. Bila tengok ramai beauty blogger pakai berus ni nampak macam best pulak. Kalau nak beli berus MAC memang pokailah jawabnya. Even sebatang pun dah mahal apatah lagi set kan... Berus Sigma pun okay gak. Orang kata kualitinya bagus macam berus MAC tapi berus RT ni pun banyak jugak review bagus so aku pun pilihlah RT ni dulu. At least murah sikit dari berus MAC lah... Ni semua aku beli bulan Julai lepas...