Thursday, August 1, 2013

Haul #24: Real Techniques brushes

Berus Real Techniques ni memang dah lama masuk dalam wishlist aku. Bila tengok ramai beauty blogger pakai berus ni nampak macam best pulak. Kalau nak beli berus MAC memang pokailah jawabnya. Even sebatang pun dah mahal apatah lagi set kan... Berus Sigma pun okay gak. Orang kata kualitinya bagus macam berus MAC tapi berus RT ni pun banyak jugak review bagus so aku pun pilihlah RT ni dulu. At least murah sikit dari berus MAC lah... Ni semua aku beli bulan Julai lepas...

The first brush yang aku beli adalah Expert Face Brush. Berus ni aku beli kat The Fashionette. Harga RM60 dan free pos laju. Sesuai untuk full coverage foundation. Masa tu ada kekeliruan sedikit pasal harga. Tapi takde masalahlah, boleh je tanya kat admin untuk kepastian. Jangan tak tahu, admin dia ada 2 orang. So jom tengok lebih detail lagi.




Setiap berus mesti ada tulisan RT tu dan nama berus tersebut. Bulu berus dibuat daripada Ultra-plush taklon bristles: bulu sintetik dan 100% cruelty-free. Aku dah try pakai berus ni. Memang lembut bulunya. Tak terasa macam kena cucuk pun. Smooth je pakai. Cuma handle nya nak kata ringan, lagi ringan kot berus batang kayu tu. Nak kata berat sangat pun tak jugak. Tapi kalau asyik tenyeh je kat muka memang boleh lenguh tangan jadinya.



Next brushes are Starter Set Brush and Stippling Brush. Yang ni aku pre-order dari blog Syiok Sendiri Sisters. Kedua-duanya berharga RM138 dan free pos laju. Masa tu diaorang ada buat pre-order so aku pun order lah kedua-dua jenis berus nih. Mulanya aku order Expert Face Brush tu dengan berus ECO Tools, tapi disebabkan aku dah terbeli dekat The Fashionette sisters tu so aku terpaksalah cancel order kat blog SSS. Nasib baiklah ownernya sangat baik. Takut jugak kalau-kalau kena sound kan. Kalau nak cancel sila pastikan diaorang belum place order lagi yek...



Starter Set Brush ni harganya RM90 satu set. Ada 5 batang kesemuanya. Sesuai untuk mekap mata. Ada case sekali so boleh bawa kemana-mana sahaja. Set ni aku tak try lagi.



Stippling Brush ni harganya RM48 je. Yang ni sesuai untuk sheer coverage. Boleh guna untuk foundation or BB cream. Yang ni pun aku belum try lagi. So itu jelah pembelian berus aku. Kat bawah ni aku letakkan link untuk kedua-dua seller tu. Okay??

The Fashionette facebook - https://www.facebook.com/TheFashinetteSisters
Syiok Sendiri Sisters blog - http://syioksendirisisters.blogspot.com/

2 comments:

  1. lbih suka tepek guna jari..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rajin je guna berus.. time malas guna jari terus...

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.