Monday, August 5, 2013

Haul #25: A mini Daiso haul

Lagi beberapa hari je nak raya. Rasanya ramai dah mula cuti harini kan?? Well, maybe ada yang masih lagi berkerja harini tapi aku dah start cuti dah. Wahaha, saja cuti awal sket. Nak pergi shopping last minit kononnya. Aku lagi suka shopping time orang kerja. Tak sesak. Hehe... Pastu nak kemas rumah lagi. Tak habis kemas lagi tuh...

Actually aku just nak share a mini haul yang aku beli kat Daiso bulan lepas. Tak banyak, itu pun sebab nak cari 1 - 2 barang je...

Aku ada tengok a few blogger guna bekas macam ni untuk cuci berus mekap diaorang. Selama ni aku tak perasan pun bekas ni. Nasib baik jumpa kat Daiso Pavillion. Dia ada alas macam jaring tu. Boleh tenyeh berus korang kat situ je.


Yang ni pun ada seroang blogger pernah beli benda ni. Nampak macam tajam tapi sebenarnya lembut je. Macam getah. Ni untuk cuci muka.

Yang ni pulak just untuk gulungkan wayar earphone handphone aku tu. Tapi bila dah pakai terasa terlalu pendek pulak untuk wayar panjang. Tapi suka bentuknya, bentuk hadiah.

Last sekali pencuci mekap span ni. Aku tengok ada blogger pakai ni untuk berus mekap diaorang. So aku ingat nak cubalah. Kalau okay tak payah beli brush cleaner mahal-nahal tu. Tapi yang ni susah nak jumpa. Aku beli ni pun kat Daiso Midvalley.

Anyway, itu je yang aku nak share today. Kepada yang dah bercuti tu Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya. Kepada yang masih berkerja harini, Selamat Berkerja. Hehe...

10 comments:

  1. sy pun guna pencuci span Daiso..mmg trbaik tp bau dia kuat jgkla..

    ReplyDelete
  2. aritu baru jer singgah Daiso Midvalley..Tapi tak beli pon sebab tak tahu nak beli ape.ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh, ni pun sebab dah lama plan nak beli

      Delete
  3. SALAM PERKENALAN.. LEPAS NI NAK G CARI JUGAKLAH HEHEHE

    ReplyDelete
  4. baru semalam pegi daiso. x pernah nmpk pula pencuci berus tu. kena cari pasni

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.