Thursday, October 10, 2013

Bag of Love September 2013

Dah lama tak update blog. Nak dekat sebulan kot kalau tak silap.. Nak buat entry tapi asyik pending je..

Harini aku nak share pasal Bag of Love edisi September. Rasanya tak terlambat kot kalau nak cerita pasal tu kan??

Aku dah jarang subscribe beauty box. Tapi bila tengok teaser Bag of Love untuk bulan lepas punya jadi macam tertarik pulak nak subscribe. Nak pulak tema kali ni ada kena mengena dengan travel, lagilah aku teruja. Itu yang membuatkan aku tak sabar nak tahu brand apa yang tersenarai kali ni. Antara brand yang tersenarai ialah:

Olay, CK, Swissline, Oslee, RVB Skinlab dan Nuxe.
Well, first of all aku suka design begnya. Macam sampul surat. Begnya transparent. Kalau letak mekap dalam beg tu mesti nampak semuanya... So apa ada di dalamnya?? Jom tengok.

Gambar kartun tu mesti ada. Cute!!

Antara yang terkandung dalam beg ni.


Olay Regenerist Serum, RM49.90 for 50ml
Aku sebenarnya pernah guna sampel serum ni dulu. Dapat masa beli magazine. Tapi bila aku nak try saiz besar, aku tak ingat botolnya macam mana. Try tengok kat farmasi tapi tak sure. Sampai sekarang aku tak jadi beli. Tapi bila dah dapat sampel ni lagi, aku dah tahulah nak beli yang mana nanti. Iyelah, umur dah meningkat ni kenalah start pakai krim anti-penuaan macam ni..

O'slee Rosehip Beauty Solution Advanced Formula III, RM59.90 for 100ml
Aku memang nak try brand ni tapi jenis yang lain la... Yang ni untuk whitening, pore-refining and black head reducing. Lebih kurang macam toner. Botol ni dibuat khas untuk Bag of Love dari Hong Kong. Kira macam limited edition laa..

RVB Skinlab Diego Dalla Palma Cell Detoxium Purifying Clay Mask, RM29.90 for 1 sachet
Purifying clay mask for detoxifying and remineralizing with puri-enzyme. Use once or twice a week.

Nuxe Huile Prodigieuse Shimmer Multi-Purpose Dry Oil, RM198 for 100ml
Boleh guna kat muka, tangan, kaki dan rambut untuk shimmering effect. Macam emas pulak aku tengok.

Swiss line Force Vitale Aqua Vitale Cream, RM368 for 50ml
Moisturizer dalam bentuk gel.

CK Eternity Aqua Women Rollerbal EDP, RM49 for 6ml
Perfume dalam bentuk rollerball. Tak dijual di Malaysia. Yang ni pun limited edition jugak.

So kalau nak subscribe bulan ni punya, bolehla ke website Bag of Love. Hanya RM39.90 je untuk sebulan.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.