Friday, October 11, 2013

Berus Everyday Minerals dari Groupon

Aku memang dah lama nak ada full set berus mekap... Tak dapat yang berjenama punya, dapat yang murah dan ada kualiti pun kira okaylah... Tapi biasanya kalau beli set yang berjenama ni mesti mahal giler kan?? Jadi terpaksalah beli satu-satu dulu sampai lengkap semua berus yang aku nak.. Tapi kalau macam tu memang ambil masa jugaklah nak kumpul semua. Kebetulan pulak kat Groupon baru-baru ni ada tawaran berus mekap Everyday Minerals (EM).

Kira murahlah tu kan (murah ke??), 11 pieces dengan harga RM85 je.. Diskaun 79%. Harga asal silalah kira sendiri berapa yek...

Kalau ikutkan, sepatutnya delivery tu start 4hb. So aku bajet dalam minggu seterusnya baru dapat. Biasanya kalau beli kat online deal ni, kena tunggu seminggu dua baru dapat. Tapi kali ni aku dapat lebih awal dari tarikh delivery. Baguslah, tak perlu aku tunggu lama-lama kan...

Disertakan sekali pouch. Senang nak simpan dan bawa kemana-mana, tapi aku bukan nak bawak travel pun.

Handle berus EM ni diperbuat daripada bamboo dan berusnya jenis sintetik. Sesuai untuk mekap jenis mineral. Tambahan pulak berus sintetik ni memang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Walaupun ada berus yang aku dah ada, tapi takpe... Aku boleh tukar-tukar berus. Taklah asyik pakai 1 berus je..

7 comments:

  1. I have them too! Super soft + cheap too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, the bristles are very soft and they are cheap

      Delete
  2. Haha ida langsung takde...yang ada cuma lipstik jer...kdg2 rasa kelakar gak bila ida takde mekap dan tak pandai mekap

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah, takde kelakarlah.. ramai je yg takde mekap dan tak pandai mekap.. saya pun bukannya expert sgt pun

      Delete
  3. kalau nak set berus yang murah2..24pcs atau 32pcs..boleh pm saya ye..sms/wasap 0193085467

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.