Sunday, November 10, 2013

Haul #26: Etude House

Memang tak dapat disangkal lagi bahawasanya aku adalah peminat setia Etude House. Walaupun ada yang aku tak sesuai nak pakai tapi aku tak kisah pun.. Banyak lagi item dalam kedai Etude House tu kan?? Sebenarnya dah lama punya haul tapi baru harini sempat nak publish semua tu..

First yang aku beli adalah CC cream. Sekarang ni kan sibuk dengan CC cream. Saje je nak cuba. Belum sempat nak pakai lagi.. So tak surelah macam mana hasilnya. CC tu stands for Correct & Care. Better dari BB cream (Blemish Balm cream). Kalau BB cream untuk cover kekurangan, CC cream untuk memperbaiki kulit muka. For better result, eloklah kalau guna kedua-duanya.


Masa tu ada promosi buy 1 free 1. Aku tak tahu nak pilih mana satu; samada kedua-duanya Silky ke or Silky dan Glow. Tapi akhirnya aku ambil Silky dan Glow. Harga asal RM89.90 untuk 1 botol so kira beli 2 dengan harga RM89.90. Dalam RM44.95 untuk 1 botol.

Yang ni pun sama. Termasuk dalam promosi buy 1 free 1. Ingatkan nak cari warna peach, tapi warna peachnya tak menarik hati aku so aku pun pilihla warna oren ni. Warnanya boleh kita bentuk. Terpulanglah kepada individu. Pasangannya warna coklat ala-ala nude gitu... Harga asal RM21.90. So dapatlah dalam RM10.95 each.

Sebenarnya aku nak try yang warna hijau tu. Tapi warna hijau dah habis. So aku pun ambillah warna peach ni. Katanya untuk sekatakan tona kulit. Entah betul ke tak.. Aku pun tak pakai lagi benda ni...

Ada spatula sekali dalam kotak tu. Harga RM29.90. Tidak termasuk dalam promosi buy 1 free 1 tu...


Yang ni dah lama masuk dalam wishlist aku. Itu yang beli sampai 2 sekali tu. Suka warnanya yang sheer tu. Harga RM19.90 each.

Antara sampel yang aku dapat masa beli haritu. Banyak jugak aku dapat. Itu sajalah haul aku dari Etude House.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.