Sunday, December 1, 2013

Year end wishlist #2

Sejak PC kat rumah ni ada masalah, aku tak boleh update blog. Iyelah, kalau hari biasa penat sebab kerja. Bila hujung minggu pulak computer buat hal. Ini pun nasib baik boleh guna PC adik aku. Tapi gambar yang aku dah upload dalam PC aku yang lagi satu tu terperap kat dalam tu jelah.. Even watermark aku pun ada kat situ jugak. Tak boleh nak edit dan stamp gambar... Huhuhu...

Tapi bukan pasal PC yang aku nak cerita. Sempena dengan hujung tahun ni, mesti ada sale sana sini kan?? So mestilah banyak benda yang teringin nak beli sempena sale hujung tahun ni.. So aku nak share lah antara items yang menjadi wishlist aku untuk hujung tahun ni. Itupun kalau sempat belilah...

&Rose Flowering Eyes dari Etude House. Harga RM129.90 (rasanyalah). Lepas tengok palette ni terus suka sebab ada warna purple dan plum tu. Nampak cantik lah...

Sebenarnya memang tak plan pun nak beli palette ni. Tapi lepas je aku swatch Naked Basic, terus aku fikir. Better aku beli yang ni dulu. Kira nak cuba yang ni dulu sebelum beli Naked Basic tu.. Rasanya harga dalam RM175 kot, kalau tak silaplah...


Yang ni pula holiday collection dari Benefit. Macam menarik pulak kalau ada set ni. Kalau baru nak cuba, belilah yang ada banyak jenis dalam 1 set macam ni. Jimat. Kalau dah suka dan puas hati bolehlah beli saiz besar punya... Itu jelah wishlist aku untuk hujung tahun ni...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.