Monday, February 3, 2014

Haul #27: September dan December

Salam semua... Sorry lah, dah lama tak update... Sejak PC buat masalah (sekejap ok sekejap tak) aku jadi malas nak bukak blog aku ni hah... Last entry pun awal bulan Disember lepas.. Ni dah pun masuk bulan Februari... Dah bersawang dah pun... Hehee... Anyway, aku just nak update pasal haul beberapa bulan lepas.. Maybe next time barulah aku update latest entry..

Maybelline Clear Smooth refill ni harganya RM9.90. Orang kata bagus so aku saje nak cuba...



Masa tu ada promosi. Beli serum dapat free gel jerawat. Harga RM30.48. Dah pakai dah gel tu, tak memuaskan hati sangat. Ambik masa lebih dari 2 minggu nak elok. Baiklah aku guna krim jerawat yang sebelum ni. At least ok sikit.. Nasib baik dah habis guna. Serum tu pulak, bolehla.. Biasa pakai malam, sebelum tidur. Hilanglah sikit jerawat. Tapi kalau guna kedua-duanya sekali, kulit aku jadi kering dan kasar. Since that aku just guna gel tu je.. Kadang-kadang baru pakai serum tu.

Sebelum ni kan aku ada masalah gigi sensitif lepas pakai ubat gigi Colgate Optic White (which is takde nampak kesan perbezaan pun), so aku try lah pakai ubat gigi ni pulak. Dah kuranglah sikit.. Harga RM10.50.

Nivea Extra White Repair Foam tu harga RM7.02. Katanya untuk kecilkan pori dan bersihkan sisa mekap. Saja nak try. Garnier Pure Active Scrub tu harga RM5.85. Dah cuba pencuci muka dia sekarang nak try scrub dia pulak. Oklah, jerawat jadi kurang. Garnier BB Eye Roll On tu orang kata best for light coverage kat bawah mata. Harga RM19.92. Hmm.. ok je.. Last sekali toner Oxy. Harga RM11.81. Biasa-biasa je...

Ni pulak beli masa ada sale kat Sungei Wang. Clearance sale kot. Tak ingat. Memang murah-murah lah harganya. Bedak Silkygirl tu RM10, krim jerawat Clinelle RM24 dan Guardian Wet Wipes tu 3 paket RM10.

Pixy makeup remover tu kecik comel je.. Harga RM6.50. Saje gatal nak beli. Avene Thermal tu pun ada promosi. Beli 2 free 1. Harga RM38 je. Listerine Green Tea aku dah habis, so beli baru. Harga RM7.80.

Last sekali pencuci muka Eversoft. Harga RM 9.52. Bolehla.. Kalau rajin pakai, jerawat kurang. Sekali-sekala adalah jugak keluar tapi tak banyak.

Tambahan:
Biore Cleansing Oil. Harga RM17.50. Ada promosi masa tu, kebetulan aku punya yang lama dah nak habis. So belilah yang baru...

6 comments:

  1. sy try pkai eversoft xsesuai..skrng pkai cosmoderm..pkai cleanser n moisturizer sj..try bli n pkai toner oxy powder lotion, jerawat naik blik..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka pulak pakai toner oxy boleh keluar jerawat

      Delete
  2. sarah pakai clear smooth. ok juga la. banyak Alyaliza shopping . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah, shopping biasa2 je.. nampak banyak pun sebab 2 bulan punya haul kan...

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.