Sunday, May 11, 2014

Holla. Brush purchase.

Dah lama tak update blog.. Dah naik sawang agaknya (literally..). Entahla, semenjak dua menjak ni, macam tiada idea nak tulis apa. Bosan pun ada jugak. Penyakit malas pun ada... Walaupun macam-macam benda berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni (strees dan sedih), tapi rasa nak menaip tu takde. Itu yang jadi terbiar je... Walaupun takde update, blog aku still ada orang datang berkunjung. Cuma tak seramai blogger lainlah... Anyway, tujuan aku menaip harini sebab ada orang bertanya padaku. Bila orang dah tanya, tu yang jadi ada semangat sikit nak menaip. Terima kasihla kepada yang bertanya tu.


Anonymous: Salam..sy nk tanya.mcm mane nk beli berus nie ye..?
Ada 2 orang bertanya padaku mengenai berus mekap yang aku beli. Satu tu anonymous dan satu lagi daripada adik Feeda. Walaupun tak dinyatakan berus yang mana satu, tapi aku senaraikan semua berus yang aku beli online tu lah... Sorrylah dik, akak tak sure berus mana satu yang awak maksudkan.

Okay, sebenarnya berus mekap yang aku beli online tu bukan dari satu tempat yang sama. Aku beli dari 3 tempat yang berbeza.


Contohnya berus ni. Disebabkan masa tu aku nak cepat guna berus ni, aku terus order dari The Fashionette. Masa tu harga RM60 + free poslaju. Sekarang ni tak pasti harganya tapi bolehlah pergi ke FB The Fashionette untuk lebih detail. Suka pakai berus ni sebab dia lembut. Bulunya jenis sintetik. Selalu pakai dengan krim bb. (entry lepas)


Yang ni pulak pre-order kat blog Syiok Sendiri Sisters. Mostly kat tempat lain mahal sikit. Ada yang murah tapi dah habis stok. Itu yang aku order kat diaorang ni. Walaupun ambil masa nak sampai, tapi oklah dengan harganya tu. Total kedua-dua berus tu RM138 + free poslaju.

Berus stippling tu ok cuma kadang-kadang tu muka aku rasa macam kena cucuk je walaupun tak menyakitkan. Harganya cuma RM48 je. Starter set tu pun ok. Harganya cuma RM90. Berus yang aku paling suka ialah brow brush tu, sebab boleh guna untuk kening. Alah yang bentuk berusnya macam menyerong sikit tu. Aku ni tak pandai nak lukis kening sendiri. So kalau pakai berus tu bolehla adjust sikit-sikit ikut bentuk.. Hehehe

Yang ni pulak aku beli kat Groupon. Masa tu ada sale. Semua ni berharga RM85. Saje nak tambah koleksi. Tapi berusnya memang lembut dan tak menyucuk mukaku ini.. Kalau nak beli yang ni kena tunggu hari promosi. Kalau hari biasa dia tak buat sale. So bila dah ada promosi tu terus order. Hari promosi pulak bukannya selalu. Kadanag-kadang je. (entry lepas)

So harap ini dapat membantulah sedikit ye kepada yang bertanya tu. Kalau ada yang nak tahu lagi, jangan segan-segan tanya yek.. Kat bawah ni aku sertakan sekali link kat mana aku beli berus mekap tadi. Ada banyak lagi seller online, yang lagi murah. Pandai-pandailah korang google yek. Ok, thanks for reading.

The Fashionette FB - https://www.facebook.com/TheFashinetteSisters
Syiok Sendiri Sisters blog - http://syioksendirisisters.blogspot.com
Groupon - http://www.groupon.my

Additional
sgDrugstore - http://www.sgdrugstore.com/index.php
Colours Cosmetics Malaysia - http://www.colourscosmeticsmalaysia.com

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.