Saturday, February 27, 2016

Haul #28: Benefit haul

Aku memang dah lama nak cuba mekap brand Benefit ni. Tapi seperti dikatahui umum, harganya boleh tahan jugaklah mahalnya. So kalau nak beli pun tidaklah selalu macam beli kat farmasi biasa. Tapi teringin tu tetap ada... So inilah haul yang aku beli dibawah nama Benefit nih...

1. Boo Boo Zap (harga RM 60.00)
Ni sebenarnya lebih kurang macam ubat jerawat tapi jenis cecair. Kalau nak guna kena tuang atas kapas. Sikit je, cukup untuk ditempek kat jerawat. Kalau nak pakai masa tidur, just tampalkan ke jerawat dan biar semalaman. Bagi aku ni lebih kurang macam ubat jerawat biasa kat farmasi tu. Hasilnya kena tunggu beberapa hari baru nampak kesannya. Better beli kat farmasi je, lebih murah. Resultnya pun sama jugak...

2. Erase Paste Med (harga RM100.00)
Yang ni concealer cream untuk muka dan bawah mata. Bekas jar kecil je tu... Tak pernah pakai lagi sebab aku ada beberapa concealer yang lain. Tapi masa demo kat kedainya haritu, nampak macam biasa je. Entah kenapa aku ambil jugak concealer nih. Hmmm....

3. That Gal primer (harga RM115.00)
Masa SA Benefit tu tunjuk cara gunanya, nampak macam meyakinkan. Terutama sekali selepas dia campurkan dengan The Porefessional balm. So aku nak try jugak kan... Tapi aku belum try pakai lagi... Tengoklah nanti...


4. Primping with the Stars (harga RM120.00)
Lepas tu aku pilih set Primping with the Stars. Itu pun sebab nak try mascara They're Real dengan Benetint tu. Nak pilih set lain macam tak berkenan dihati je so akhirnya aku pilih yang ni jugak. Jom tengok dalamnya...
Semua dalam saiz mini. Sesuai kalau nak bawak travel. Tak perlu bawak full size sebab ianya akan memberatkan beg anda.


Beli haritu dapat free gift... It's Potent Eye Cream, foundation Hello Flawless, primer Stay Flawless dengan The Porefessional balm.. Best....

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.