Tuesday, October 13, 2015

Haul #31: Best Buy World & Luxola haul

Entry kali ini nak cerita pasal my haul from Best Buy World website. Untuk pengetahuan semua, kat website Best Buy World ni kita boleh purchase bermacam-macam branded makeup items. Dari saiz mini sehinggalah ke saiz besar (bergantung kepada availability). Dan yang paling best sekali, harganya lagi murah dari beli kat kedai (murah sikitlah). Kalau rasa nak try sesuatu brand tapi tak nak beli yang full-size, bolehla try beli kat Best Buy World. Cuma mungkin tak semualah benda ada. But they do update new stuff, so rajin-rajinlah masuk website tu yek.. ^_^

First time purchase kat BBW. Sebelum ni tengok-tengok survey-survey je, tak pernah beli apa-apa kat sini.

Lepas kita dah buat pembayaran, terus diaorang proses. And guess what?? Beberapa hari kemudian terus sampai parcel tu kat rumah. Cepat jugaklah diaorang proses. Jom tengok apa yang aku beli.

Clinique Liquid Facial Soap Oily Skin Formula 30ml - RM10
Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel 30ml - RM24
Clinique Anti-Blemish Solutions Cleansing Foam 125ml - RM85

Total damage RM129 termasuk postage sekali. Oklah tu.. Liquid facial soap tu aku tak guna lagi tapi moisturizing gel dengan anti-blemish cleansing foam tu aku dah guna. Moisturizer dia oklah but muka aku tetap akan berminyak in the afternoon (bare face). Takdelah matte sangat. But cleansing foam tu ok. Aku pakai jerawat memang boleh dikatakan jaranglah muncul. Melainkan kalau tak cuci muka or "that time of the month". Itu pun tak banyak yang muncul. Tapi sayang harganya bolehla tahan mahal... Huhuhu...

Cerita pasal Best Buy World dah habis. Sekarang cerita pasal Luxola punya haul. Yang ni dah lama aim. Tapi tak terbeli-beli sampailah sekarang. Itu pun tunggu ada sale barulah beli. Kalau takde sale memang tak beli, takat tengok jelah...

Beli 2 barang tapi total price for both items RM247. Nasib baiklah postage free. Sebab kalau beli RM150 keatas dapat postage free. Buat payment pada 26hb, 27hb diaorang pos, 28hb dah sampai kat rumah… Takdelah lama sangat memandangkan ia dari Singapore. Ok, jom kita tengok apa yang aku beli…




Berus Sigma Synthetic Kabuki set dengan berus Zoeva concealer buffer. Best pakai berus-berus ni sebab ianya lembut dan tak menyucuk muka pun. Aku guna berus Sigma tu untuk apply foundation dengan BB cream. Berus Zoeva guna untuk apply concealer. Dah nama pun Concealer Buffer kan.. Siap ada beg pouch lagi tu. Memang bestlah pakai berus ni.

Itu sajelah haul untuk kali ini.. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.