Thursday, October 15, 2015

Haul #32: April, Mei & Jun

Akhir bulan April 2014 ada Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Macam biasalah, setiap tahun aku mesti pergi ke pesta buku ni walaupun takde apa-apa yang nak beli. Just browsing around, tengok buku apa yang menarik… Dalam tak nak beli buku pun sekali terbeli jugaklah 3-4 novel. Yang lain tu just majalah dengan buku motivasi je. Ada jugak beli buku masak tapi tak ambik gambarlah sebab segan nak tunjuk. Hehe..

First aku beli novel Cintaku Tertinggal Di Korea (RM19) dengan Suamiku Pemalu (RM15). Ni beli kat booth Karyaseni. Belum berkesempatan nak baca lagi.

Then aku beli buku motivasi Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya (RM12.75) dengan Act Like A lady Think Like A Man (RM18.70). Kedua-duanya ada diskaun 15% each. Yang ni kat booth PTS Media Group. Dah baca dah kedua-duanya. Biasalah, buku motivasi..

Last sekali aku beli novel Sunan Nanggroe Sang Kembara - Ramlee Awang Mursyid (RM18.40) dengan Kurang Asam Punya Bos - Nuroll Shazlinda Hairul (RM20.70). Kedua-dua ni beli kat booth Karangkraf. Belum berkesempatan nak baca lagi.

Next purchase shopping kat Sephora. Dah lama tak shopping kat sini. Jom tengok apa yang aku beli.


Wohoo, akhirnya beli jugak pallet Naked Urban Decay (RM188) ni. Sekian lama aku tanguh, barulah aku membuat keputusan untuk membelinya. Tapi tak try pakai lagi. Nantilah..

Stila Lip Glaze Trio - RM45

Sephora Targeted Eye Remover Swab - RM22 each

Lastly aku shopping kat The Body Shop. Asalnya nak beli lip scrub dengan Tea Tree Pore cream tu je.. Tapi terbeli yang lain sekali. Hehe..

Bath Gloves - RM15.92 (diskaun 20%). Mandi sambil skrub badan dengan gloves ni.
Tea Tree Pore Perfector 30ml - RM58.50 (diskaun 10%). Suka pakai ni sebab dia light compare to Benefit punya. Sebab tu beli lagi.
Lip Scuff 2.5g - RM33.60 (diskaun 20%). Kononnya untuk skrub bibir tapi tak menjadi sangat, ke aku yang tak reti pakai??
Sweet Lemon Body Whip 60ml - RM8.95 (diskaun 50%).
Shea Shower Cream 60ml - RM5.45 (diskaun 50%).

Semua ni aku beli dalam tahun lepas, sebelum GST 6%. So sekarang ni mesti harganya dah berbeza. Anyway, itu jelah haul untuk kali ini. Thanks for reading.

2 comments:

  1. hai! i've been wondering if the tea tree pore perfector from the body shop is a silicon based primer? i'm currently using the one from benefit, tp macam heavy pulak rasa. T.T

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bukan silicon base primer sebab it feel more lighter than the benefit one.

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.