Sunday, October 11, 2015

Review: AC Clinic Daily Acne Foam Cleanser

Dah lama rasanya tak buat review. Itulah, bila "RAJIN" tak geng dengan aku... Nak buat review pun takde mood. Takat ambil gambar je, pastu terperap dalam PC...

Anyway, harini aku nak buat review pasal pencuci muka dari Etude House yang pernah aku beli suatu ketika dulu. Sebenarnya dah lama entry ni duduk terperap dalam draft je. Lama sangat terperap kat situ baiklah aku publish kan terus..

Aku beli saiz kecil dulu supaya boleh tengok serasi ke tak dengan kulit muka aku ni. Dalam trial kit ni, pencuci mukanya cuma bersaiz 30ml je. Nama pun trial size kan...

Badannya berbentuk tiub yang berwarna hijau dan penutupnya jenis twist. So senanglah nak guna. Just twist penutupnya dan picitkan isinya. Tak perlu picit banyak-banyak sebab guna sikit je pun dah cukup.

Ianya jenis cream yang berwarna putih dan pekat. Tapi bila dah campur air dan gosokkan kat tangan, terus bertukar jadi buih. Macam pencuci muka biasa yang lain. Lepas tu boleh terus gosokkan kat muka dan urut. Tak payah lama-lama sangat. Kemudian bilas dengan air. Ia ada macam bau herba (rasanya) tapi tak kuat sangat.

Masa mula-mula lepas cuci tu muka kita akan terasa bersih dan segar. Kemudian akan bertukar rasa kering pulak. So kena cepat-cepat pakai pelembap. Tapi bagi aku, muka akan tetap berminyak jugak cuma tidaklah terlalu berminyak sangat. Ia juga dapat mengurangkan bintik-bintik merah kat muka.

Cuma ia tak berapa nak reduce jerawat kat muka ni malah jerawat akan keluar jugak satu atau dua biji, macam biasa. Itupun kalau aku cuci muka. Kalau tak cuci lagilah kan...

PROS
  • Skin feel clean and refreshed
  • Reduce redness
  • Lathers up easily
  • Not too strong fragrance
  • Non-comedogenic & dermatologist tested

CONS
  • Kulit akan terasa sedikit kering lepas cuci
  • Jerawat tidak berkurang malah masih keluar seperti biasa
Anyway, bergantung jugak kepada orang. Mungkin berkesan untuk orang lain. Kesannya mungkin berbeza-beza bagi setiap orang. But this is my honest experiene.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.