Sunday, December 27, 2015

Langkawi family day pt.2

Hari ke-2 kitaorang plan nak pergi Underwater World. Lepas breakfast baru bertolak ke sana. Nak naik Cable Car, orang ramai sangat. Beratur panjang… Itu yang pergi UW. Aku dah pernah masuk so tak heran sangat (cewah). Ambik gambar pun banyak yang candid je.




Lepas lunch pulak pergi melawat Makam Mahsuri. Macam kat UW tadi jugak, aku tak ambik gambar sangat sebab dah pernah masuk. Petang tu pulak, hujan turun. So aktiviti petang tu cuma pergi shopping coklat kat Haji Ismail. Nak pergi mana-mana pun tak boleh sebab hujan lebat dan non-stop. Nasib baik malam tak lebat.

Malam makan kat luar sebab dah booking. Itu pun sesat tak jumpa kedai kat mana. Nasib baik jumpa. Kalau tak kebulurlah jawabnya. Tak pun terpaksa makan kat kedai mana-mana…

Hari ke-3 pulak plan nak ke Taman Burung lepas breakfast. Cable Car still tak dapat naik sebab ramai sangat orang. So pergi Taman Burung jelah. Yang ni aku tak pernah pergi lagi. Bawak budak-budak seronoklah.. Kat dalam dia ada satu kedai yang jual perhiasan macam batu jed, silver dan yang aku suka ada gelang macam Pandora tu. Murah dari Pandora original. Nak beli kena fikir sepuluh juta kali… So belilah yang inspired ni… RM60 je...



















Sebelum balik singgah Dataran Lang. Dah pernah pergi. Lagi pun panas terik. Jadi stay kat situ pun tak lamalah.




Balik singgah kedai beli coklat sikit sebelum check-out. Kemas-kemas beg dan terus check-out. Flight kitaorang 5.50pm, so sementara nak tunggu petang, pergi makan dulu isi perut. Time balik, flight ok sikit. Ada jugak bergegar langgar awan tapi boleh tahan lagilah… First time guna toilet dalam plane masa tengah fly… Boleh dengar angin kuat masa tengah flush tu. Hahaha… Sampai KLIA2 dalam pukul 7pm. Balik rumah naik bas ke KL Sentral kemudian tukar lrt. Sampai dalam pukul 9pm. Penat. Hujan. Nasib baik esok cuti…

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.