Saturday, December 31, 2016

Akaun baru

Salam semua. Untuk pengetahuan, aku telah mendaftar akaun baru dengan nama Liza Zainal. Akan lebih banyak menggunakan nama baru ni so semua urusan hendaklah menggunakan akaun baru dan bukanlah akaun lama. Blog masih sama cuma berbeza nama je... Lagipun lebih bersesuaian dengan nama asal aku berbanding dengan nama lama sebab nama lama tu gabungan 2 nama daripada 2 orang yang berbeza. Dan sekarang ni pun blog ni banyak aku yang handle sebab sorang lagi dah tak join dah. Itu jelah pengumuman baru dari aku. Sekian terima kasih.

P/S: Gambar nak kena susun balik sebab dah upload tempat baru. Banyak kerja nak kena buat.

Saturday, April 9, 2016

Telefon baru

Setelah bersusah payah aku menyimpan duit sikit, akhirnya aku telah berjaya membeli telefon smartphone pertama aku sendiri. Hooray!! Susah ooo nak simpan duit. Setiap bulan kena strict dan disiplinkan diri untuk simpan. Huhuhu...

Sunday, April 3, 2016

Perihal Hotlink

Ini cerita pasal line Hotlink yang aku pakai lebih kurang dalam 14 tahun lamanya. Sebelum ni takde masalah apa-apa, tapi bulan 12 lepas, tiba-tiba muncul masalah pulak...

Aku tak boleh call out, tak boleh hantar sms... Bila check baki, tak keluar amount. Aku call lah Hotlink. Tanya apa masalahnya. Dia kata aku kena register no. aku tu kat Maxis centre. Ada maklumat tak lengkap katanya. Tapi masalahnya, no aku tu didaftarkan atas nama ayah aku. So kalau nak kena lengkapkan pendaftaran ke apa, kena tuan asal yang pergi. Dia tak nak orang lain melainkan pemilik asal. Aduh... Baru aku ingat... Sebelum ni ada dapat sms suruh register tapi ayah aku kata ignore kan je. Ni lah jadinya bila tak ambik kisah (-_-). Dah la kena pergi Maxis centre nak register bagai, lepas tu kena ayah aku yang pergi dan bukan aku. Kalau ayah aku ada kat KL ni, memang aku dah suruh dah. Masalahnya, dia takde kat KL. Dia ada kat Kelantan sana tuh... Terpaksalah aku tunggu ayah aku datang KL nanti, baru boleh pergi Maxis centre. Bolehla tukar nama sekali ke.. Ayah aku pulak entah bilalah baru balikkan... Kebetulan, awal bulan Januari lepas ayah aku nak datang KL sebab ada kerja. So bolehlah pergi.

Saturday, April 2, 2016

Planner Paperdorable

Mula-mula aku jumpa planner ni kat Instagram. Cantik. Made in Malaysia pulak tu. Personal Dream Planner ni ada 2 pilihan warna. Pink flamingo dengan Denim blue. Fikir punya fikir, aku buat keputusan nak ambik warna biru. Nampak profesional sikit. So aku pun orderlah kat website dia. Harga RM179 free shipping. Memang sesuai sangat kalau letak kat pejabat ke kan..

Sunday, March 27, 2016

Haul #29: November dan Disember

Bila masuk hujung tahun ni mesti merata-rata tempat buat sales hujung tahun. Terutama sekali bila nak Krismas dengan masuk tahun baru. Macam-macam benda nak beli. Tapi bila dah sampai kedai, banyak sangat benda yang menarik sampai tak tahu nak beli yang mana satu. Bila dah beli macam-macam, masa ni lah dari ada duit kepada takde duit langsung. Pokai sebab banyak sangat shopping barang. Nafsu, nafsu...

Ni aku nak share haul aku untuk bulan November dengan Disember 2015. Sephora, Bath & Body Works, Daiso dan Guardian. Hehe :P

The Pop.box November 2015

Pop.box kedua aku. Teaser dia macam menarik. Jom tengok...

Monday, March 7, 2016

2016 gadget wishlist

Dah lama tak buat wishlist. Apatah lagi gadget punya wishlist. Last time aku buat pasal nak beli telefon baru. So sempena tahun 2016 ni aku nak senaraikan apa yang aku nak dan aku akan cuba usahakan untuk capai wishlist aku tu sebelum tahun 2016 berakhir.

Sunday, March 6, 2016

The Pop.box Oktober 2015

First time nampak beauty box ni kat instagram orang. Lepas tengok instagram The Pop.box tu terus terpikat nak order. Hehe... Dah lama tak order beauty box since yang dulu sudah berkubur. Bila jumpa yang baru ni rasa seronok nak subscribe balik. Cuma sedikit mahal dari yang sebelum ni. So jom tengok apa yang best dalam Pop.box bulan Oktober nih...

Breena Eyeshadow brush & Brow brush

Berus kedua dan ketiga keluaran Breena Beauty iaitu B212 - Basic Eyeshadow brush dan B216 - Brow Definer brush. Jom tengok...

Saturday, February 27, 2016

Haul #28: Benefit haul

Aku memang dah lama nak cuba mekap brand Benefit ni. Tapi seperti dikatahui umum, harganya boleh tahan jugaklah mahalnya. So kalau nak beli pun tidaklah selalu macam beli kat farmasi biasa. Tapi teringin tu tetap ada... So inilah haul yang aku beli dibawah nama Benefit nih...

Haul #29: Januari dan Februari

Haul lagi... Sorry lah, sebab ini adalah entry tertangguh sebenarnya. Haul bulan Januari dan Februari... Clinique, Victoria Secret, The Body Shop dengan Etude House punya haul.



Sunday, January 31, 2016

Haul #42: September & Oktober

Haul untuk bulan September dan Oktober 2015

Saturday, January 30, 2016

Haul #41: Ogos

Bulan Ogos lepas banyak benda pulak aku beli. Itu yang kebelakangan ni banyak entry pasal haul. Inilah jadinya bila suka shopping, asyik entry pasal haul je memangjang. Sorry...

Monday, January 25, 2016

Shake n Take

Dah lama nak beli benda alah ni. Asyik tangguh je. Tunggu promotion. Ini pun beli kat Groupon. Smoothie Blender with 2x Detachable Travel Bottles (worth up to RM312) for only RM45. Dapat 2 botol pulak tu. Lepas tu boleh terus minum dari botol. Tak payah pakai gelas lain.

Sunday, January 24, 2016

Haul #40: Another stationery haul

Hahaha.. Sorrylah, sebab aku ni tak habis-habis beli stickers bagai. Sebab semuanya so cute... Cannot resist them. Semua ni untuk tampal dalam planner walaupun aku tak berapa reti nak decorate sangat.

Haul #39: Beauty stuff haul

A small haul from Mr. DIY, Sasa, Sephora and Guardian.

Sunday, January 17, 2016

Haul #38 : Pesta Buku & Jun

Haul bulan Jun dan kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa 2015 kat PWTC. Bermula pada 24hb April sehingga 3hb Mei. Antara event tahunan yang aku mesti pergi. Lagipun dekat KL, senanglah. Aku sempat pergi pada 30hb April tu je. Itupun sebab aku ambik cuti half-day. Hari lain memang aku tak sempat nak pergi. Ada hal. Tapi start 2016 dah tukar venue. Kat Serdang tak silap. Lagi jauh.... Entah boleh pergi ke tak...

Breena Beauty Face Luxe Brush

Kali ni aku nak share pasal berus mekap yang aku beli Breena Beauty. Masa mula-mula keluar tu, excited jugaklah sebab ada berus mekap Malaysian punya brand. So masa dia buat promosi untuk first brush tu, aku pun tidak lepaskan peluang untuk memilikinya sendiri. Maka aku pun belilah berus pertama Breena Beauty iaitu FACE LUXE BRUSH - B101. Buat masa ni dia out of stock. Tak tahu bila nak ada stock balik. Nasib baik aku sempat beli. Hehe..

Saturday, January 9, 2016

Haul #37: Huge stationeries haul

Sejak dah terjebak dengan planner nih, aku jadi excited nak hias bagai. Nak pulak asyik tengok youtube macam mana orang lain hias diaorang punya planner,lagilah aku bersemangat. Siap fikir lagi, macam mana nak hias, nak pakai apa, nak tulis dengan pen jenis macam mana.. Macam-macamlah... So bermulalah operasi aku mencari bahan untuk menghias planner aku yang baru beli haritu. Mostly aku beli kat kedai buku tapi ada jugak aku beli dekat Daiso, Mr. DIY dan Spotlight. So amaran kepada sesiapa yang sedang menbaca entry ini, ia mempamerkan lebih banyak gambar daripada perkataan. Beware. :P

Sunday, January 3, 2016

Haul #36: Bath & Body Works

Haul kali ini daripada Bath & Body Works dengan Typo. First time beli kat BBW ni. Sebelum ni cuma dengar dari orang je, tambahan pulak dia baru bukak kat Malaysia ni. Itu yang lagi bersemangat nak beli nih. Aku beli dekat BBW The Curve. So jom tengok apa yang aku beli.

Typo & Kikki K planner

Bila tengok orang pakai planner, aku pun gedik jugak nak pakai. :P Hehe... Actually sebelum ni aku pernah guna planner. Tapi sebab tak reti, maka ianya jadi tak menarik dan lepas tu aku jadi malas nak pakai lagi. Tapi lepas tengok orang punya planner dan beberapa video youtube tentang macam mana diaorang decorate diaorang punya planner, semangat tu semakin berkobar-kobar nak beli. So aku pun mulakanlah operasi mencari planner. Mula-mula beli Typo punya planner. Beli masa bulan Januari lepas. Itu pun dalam pertengahan bulan. Kemudian bulan Februari lepas aku beli satu lagi planner iaitu Kikki K Live Bright (discontinued). Lama jugak aku fikir. Sebab dah berkenan sangat dengan warna dan designnya, akhirnya aku beli jugak thru instagram seller. Memang excited jugaklah nak tunggu dia sampai.

Friday, January 1, 2016

Pristine cereal & Yogood muesli

Aku beli set Pristine dan Yogood ni sebab saja nak try, sedap ke tak. Biasa aku beli Nestle Fitness. Suka makan Clusters Banana-Nut punya. Selalu ratah gitu je, tak campur susu. So kali ni ubah angin, try benda lain pulak. Kalau sedap bolehla beli lagi lain kali. Untuk permulaan aku belilah kotak kecik dulu. Nak merasa je pun.

Haul #35: Sephora & Typo