Sunday, January 17, 2016

Breena Beauty Face Luxe Brush

Kali ni aku nak share pasal berus mekap yang aku beli Breena Beauty. Masa mula-mula keluar tu, excited jugaklah sebab ada berus mekap Malaysian punya brand. So masa dia buat promosi untuk first brush tu, aku pun tidak lepaskan peluang untuk memilikinya sendiri. Maka aku pun belilah berus pertama Breena Beauty iaitu FACE LUXE BRUSH - B101. Buat masa ni dia out of stock. Tak tahu bila nak ada stock balik. Nasib baik aku sempat beli. Hehe..


Balut dengan kertas soft pink dan diikat dengan riben putih. Siap ada welcome card lagi tu. Cantikkan kad dia??





Selain tu dia ada rose gold ferrule, tempat pegang bristles tu. Cantik. Pemegangnya pulak diperbuat daripada kayu putih dan ditulis nama berus tu serta nama brandnya sekali. Agak besar jugaklah handle dia tapi boleh dipegang.

As you guys can see, the bristles are very fluffy. Berusnya berbentuk rounded dome. Macam berus kabuki. Sesuai untuk buffing dan padding. Made from brown with white tip synthetic fibers and 100% cruelty free. Itu yang best. Walaupun berus sintetik tapi ia sangat lembut. Bila tenyeh kat muka takdelah terasa kasar or tercucuk ke.. Sesuai digunakan untuk semua jenis powder and liquid foundation.

Boleh dapatkan kat website Breena Beauty tapi sekarang ni dia sold out. Tak tahu bila nak ada balik...

Website Breena Beauty : http://breenabeauty.com/
Name of brush : Face Luxe Brush - B101
Price : RM 45.00

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.