Friday, January 1, 2016

Haul #35: Sephora & Typo


First haul adalah from Sephora. Aku cuma beli 2 benda je. Glamglow masker holiday set. Harga RM 216 selepas diskaun. Ingatkan saja nak try masker ni. Ada 3 jenis masker dalam 1 kotak.

Lepas tu aku ambik Laura Mercier palette. Ada eyeshadow, blusher dengan lip gloss sekali dalam 1. Kotaknya taklah besar sangat so sesuailah kalau nak bawak travel kemana-mana. Harga RM 170.10 selepas diskaun. Aku dah pakai dah masa pergi bercuti ke Gambang bulan Mei lepas. Senangla sebab semua dah adakan.


Seterusnya haul dari Typo. Asalnya nak beli planner dia je tapi terbeli sekali globe trotter travel tu. Boleh guna bila travel oversea nanti :p Boleh letak passport, duit, tiket dan macam-macamlah. Bentuk pulak macam kamera, lagilah menarik. Entah bila nak pakai pun tak tahulah.. Kalau jadi, hujung tahun nak pergi Bandung. Itu pun kalau jadilah...




*Semua harga tertera adalah harga sebelum GST.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.