Sunday, January 17, 2016

Haul #38 : Pesta Buku & Jun

Haul bulan Jun dan kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa 2015 kat PWTC. Bermula pada 24hb April sehingga 3hb Mei. Antara event tahunan yang aku mesti pergi. Lagipun dekat KL, senanglah. Aku sempat pergi pada 30hb April tu je. Itupun sebab aku ambik cuti half-day. Hari lain memang aku tak sempat nak pergi. Ada hal. Tapi start 2016 dah tukar venue. Kat Serdang tak silap. Lagi jauh.... Entah boleh pergi ke tak...

Antara novel yang aku beli. Teman Lelaki Upahan (RM25.00) tu terpengaruh dengan dramanya. Kononnya nak lagi feel kalau baca sendiri. Jangan Jatuh Cinta (RM14.00) tu pulak macam menarik jalan ceritanya. Samalah dengan Suami Yang Kubenci (RM10.00). Semua ni aku beli kat booth Karyaseni.

Buku motivasi untuk orang single macam aku ni. Biasa-biasa je. Buku-buku ni ada diskaun 15% hari tu. Beli dekat booth PTS Publication. Kujemput Jodohku RM9.77 selepas diskaun. Misteri Jodoh RM12.32 selepas diskaun.

Antara majalah yang aku beli kat booth Karangkraf. Semuanya kena beli berpasangan. Oh ya, buku Bento: Idea Bekal ke Pejabat (RM12.75) aku beli kat booth PTS Publication tapi termasuk dalam gambar ni pulak.

Haul from Guardian. Tak banyak pun. Just some essential items for my busy life. Ceh, busy ke?? Bedak Johnson tu aku suka pakai. Biasanya pakai kat rumah je. Takyah pakai perfume kalau duduk rumah. Wangi pun wangi. Toner Nuteen tu pulak biasa je. Sabun dettol tu aku beli sebab suka bau timun dia. Rasa macam segar je. Pencuci muka Safi Balqis tu pulak, masa mula-mula pakai dia tak memberi kesan pun kat muka aku. Jerawat tetap muncul jugak. Tapi lama kelamaan, muka aku dah ok sikit. Jerawat pun kurang. Cuma kena rajinlah cuci muka. Lepas bangun pagi dan sebelum tidur. Sebab aku dah mengantuk dan malas nak cuci muka sebelum tidur, tu yang jerawat tetap muncul jugak tu. Tapi taklah banyak sangat. Agaknya kalau aku rajin cuci muka sebelum tidur mungkin muka aku takde jerawat terus kot... Hello Kitty punya hand sanitizer tu aku beli sebab nak tempat gantung dia, bukan sebab nak hand sanitizer tu. Hehehe...

Yang ni pulak haul dari kedai buku Popular, MPH dan Daiso. Dah jadi suka pulak kumpul cute stationery macam ni. Itulah saja haul untuk kali ini.




No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.