Sunday, January 24, 2016

Haul #39: Beauty stuff haul

A small haul from Mr. DIY, Sasa, Sephora and Guardian.

First, from Mr. DIY. Pernah nampak brow stencil tu online brand Etude House dulu. So bila aku nampak stencil yang sama kat Mr. DIY ni, terus aku ambik. Kira murahlah, harga RM2.90. Lepas tu aku ambik lagi satu brow stencil. Harga RM2.50. Yang belah kanan tu ada banyak sikit dari yang sebelah kiri punya. Tapi aku baru pakai yang belah kiri tu je. Kalau tak berapa pandai nak lukis kening, bolehla pakai stencil macam ni. Senang nak lining. Lepas tu fill in je. Biasa aku pakai yang atas dengan yang bawah. Yang tengah tu macam tak kena pulak dengan kening aku.

Next, from Sasa. Nak cari brow & lash comb tu (RM8.90). Sekali ternampak foot mask tu ada promotion. Beli dua RM15, satu RM11.90. Aku pun ambiklah. Saja nak try. Bagi aku foot mask tu biasa je. Lepas beberapa hari pakai akan nampak kesannya. Kulit kaki akan mula mengelupas. Sampailah masuk minggu kedua, lagilah banyak mengeluspanya. Hujung minggu kedua barulah kurang. Tapi lepas tu memang tapak kaki terasa lembut je. Cuma kulit keras macam kematu tu takde kesan apa-apalah. Tak tahulah kena pakai banyak kali baru ok ke macam mana.

Seterusnya, from Sephora. Tujuan asal nak cari lip liner. Brand Sephora punyalah. Sekali mahal jugak (-_-) ceh... Harga RM49. Tak sengaja terbeli benda lain. Hahaha... Sephora Color Adapt Gloss. Cantik masa swatch haritu. Harga RM33. NYX Butter Lipstick Gumdrop tu pun cantik jugak. Harga RM30.




Last sekali, from Guardian. Wet wipes (RM3.03) dengan Colgate mouthwash (RM10.30) tu repurchase. Yang lama dah nak habis. Untuk buat stock. Olay Revitalising Serum (RM59.90) tu dah lama nak beli, baru kali ni berkesempatan berbuat demikian. Nak dekat sebulan pakai so tak boleh nak komen sangat. Tapi krim gel alike tu cepat menyerap. Lepas je sapu, muka terasa smooth. Alah, awal lagi nak komen pun kan??

Semua harga dah termasuk GST. So itu jelah haul untuk kali ini. Harap tak membosankan.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.