Saturday, January 30, 2016

Haul #41: Ogos

Bulan Ogos lepas banyak benda pulak aku beli. Itu yang kebelakangan ni banyak entry pasal haul. Inilah jadinya bila suka shopping, asyik entry pasal haul je memangjang. Sorry...

First, from Sephora. Beli Bliss Fabulips foaming lip cleanser (RM75.00) dengan lip scrub (RM75.00). Best pakai dua-dua nih. Rasa macam buat lip spa senrdiri kat rumah. Hehehe...

Bila pakai foaming lip cleanser ni, lebih kurang macam pakai pencuci muka. Mula-mula pump sufficient amount dan ratakan ke bibir. Biarkan 20-30 saat. Dia akan berubah menjadi bentuk foam. Lepas tu bilas.

Suka pakai lip scrub ni sebab bau shea butter dia yang sedap. Gosok-gosok kat bibir and then bilas. Lepas tu pakai lip balm macam biasa. Biasa aku bilas scrub dia je, yang wax/butter tu aku biarkan.

Then aku beli set Benefit Flawless Complexion Kit ni (RM135.00). Sebabnya nak try dia punya foundation, Hello Flawless tu. Dulu aku pernah try sampel dia. Macam ok je. Nak beli yang full size rasa banyak pulak. So aku belilah set ni. Dah try dah pakai foundation tu. Bolehlah...


Lepas tu beli kasut dekat H&M. Harga RM59.90. Sebelum ni dah beberapa kali dah aku asyik pegang je kasut nih. Lawa design dia. Bila asyik pegang je tu petanda kena beli. Dan akhirnya aku beli jugak. Tapi berat sikitlah kasut dia.

Lepas tu pergi Guardian beli krim jerawat Clinelle (RM26.01) dengan Biore mild water based makeup remover (RM22.48). Aku lagi suka yang ni compare to cleansing oil dia. Yang tu pedih kalau termasuk dalam mata. Lepas tu leceh pulak nak bilas bersih-bersih. Compare to yang ni, tak susah pun nak bilas. Mata pun tak pedih sangat. Kalau tak silap dia ada 2 jenis water based ni. Lagi satu tu terlalu watery... Macam air. Tak confident aku guna. Yang ni ok.

Last sekali shopping kat Mr. DIY & Daiso. Wrist supporter (RM5.30) tu untuk tangan aku yang kadang-kadang lenguh sebab menaip. Yang tengah tu nail polish remover (RM4.90). Jewelry organizer (RM4.50) tu untuk gantung jewelries aku, especially rantai yang panjang-panjang tu.

So itu jelah haul untuk kali ini. Semua harga termasuk GST. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.